Karnival “KITA ANAK MALAYSIA” – IKRAM Shah Alam

25 September 2022, Ahad – Bersempena kemuncak kepada Sambutan Bulan Kebangsaan IKRAM Shah Alam telah menganjurkan Karnival Kita Anak Malaysia peringkat kawasan bersama Persatuan Penduduk Pangsapuri Seksyen 7, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3 dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Karnival ini berjaya mengumpulkan lebih 500 peserta dan pengunjung dalam kalangan penduduk komuniti Shah Alam Seksyen 7.

Karnival ini telah diadakan di Tasik Seksyen 7, Shah Alam dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Larian Perpaduan ‘Run4Nation’, Persembahan Kebudayaan, Gerai Makanan Pelbagai Bangsa, Zon Aktiviti Kanak-Kanak, Konvoi, Rezki Draw dan pelbagai lagi.IKRAM Shah Alam sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pelbagai agensi, NGO dan persatuan sepanjang karnival diadakan.

Terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana, penaja dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan karnival ini. Semoga program sebegini dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia