Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

KanWork Charity Hi-Tea 2023

SERDANG – Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan (KanWork) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Alumni UPM telah menganjurkan Majlis KanWork Charity Hi-Tea 2023 bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM di sini pada Ahad, 16 Julai lalu.

Dalam majlis gilang-gemilang yang dihadiri hampir 500 jemputan dari pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, kemuncak acara ialah pelancaran Wakaf Rumah KanWork yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Baginda yang juga Penaung Diraja KanWork turut berkenan menerima replika cek yang telah disumbangkan oleh Tenaga Nasional Berhad dan Premier Integrated Labs.

Pengerusi Persatuan KanWork, Dr Mazanah Muhamad dalam sembah ucapannya berkata, setiap daripada kita ialah sebahagian daripada satu ekosistem yang besar dalam membantu serta memberikan sokongan kepada para pesakit kanser.

Beliau justeru berharap agar setiap ahli masyarakat dapat membantu pesakit kanser sama ada dari sudut kewangan dan tenaga sebagai sukarelawan atau apa jua bentuk sumbangan lain yang sesuai.

Ketua Wanita IKRAM Selangor, Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman dan Setiausaha Wanita IKRAM Selangor, Roselinee Mohammad Radzi, antara yang turut hadir memenuhi undangan.

Hadir sama, Yang Di-Pertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Datin Seri Masdiana Muhamad. Majlis berakhir kira-kira jam 4.30 petang.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia