Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

JoMMM: Mantapkan Penguasaan Ilmu Tajwid, Lahirkan Lebih Ramai Pembimbing

AMPANG JAYA – Seramai 21 orang peserta wanita hadir menyertai program Jom Mengaji dan Mengajar Mengaji (JoMMM) Edisi Train The Trainers anjuran Wanita IKRAM Selangor dan Wanita IKRAM Ampang Jaya yang telah berlangsung pada Sabtu, 9 September lalu di sini.

Jawatankuasa Wanita IKRAM Selangor, Halimah Abd Hamid berkata, antara tujuan utama penganjuran program ini ialah untuk melatih dan melahirkan lebih ramai Pembimbing Jom Ngaji (PJN) dalam kalangan ahli dan bukan ahli di kawasan-kawasan IKRAM seluruh Selangor.

“Dengan pertambahan PJN ini, program Jom Ngaji yang merangkumi tilawah, tahsin dan tadabbur dapat disuburkan lagi dalam kalangan masyarakat Islam di setiap kawasan. Selain itu, ini merupakan salah satu usaha mendidik masyarakat supaya menghayati al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup seharian,” ulasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, program berkenaan telah dibimbing oleh Dr. Pauziah Mohd Arsad.

Selain pemantapan ilmu tajwid, teknik mengajar tajwid secara mudah dan santai serta tips mengajak masyarakat agar tidak hanya membaca Al-Quran tetapi turut meneliti, dan menghayati isyarat-isyarat daripada ayat-ayat al-Quran setelah memahami maksud ayat menerusi tafsir (tadabbur) juga dikongsikan kepada peserta.

Hadir sama, Penolong Setiausaha Wanita IKRAM Selangor, Nur Izatul Azreen Apili, Jawatankuasa Tarbiah Negeri Wanita IKRAM Selangor, Wan Fauziah Wan Kadir. Program tamat kira-kira jam 1 petang.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia