Dalam pengisian kursus ada menekankan tentang ‘ice breaking’ sebelum memulakan soal selidik. Tetapi oleh kerana betapa debarannya, nak ‘ice breaking’ pun dah terlupa.
“Saya volunteer dari HCF, mahu jalankan survey. Puan ada masa lima minit?”, itulah ayat pembukaan yang keluar dari mulut saya. Amat kaku dan kering.
Ada dua responden atau mad’u yang menolak kerana bersama mereka ada anak-anak. “Ok, tak apa. Kita cari yang nampak ‘free’.” Jadi, dapatlah saya dua orang responden.
Miss Anna, pemilik booth UAnna. Semoga beliau beroleh hidayah kerana katanya dia ada membaca buku berkenaan persoalan-persoalan tentang Islam. Baginya, dia menghormati Islam yang menyuruh orang berbuat baik. Namun, dia hairan kenapa ada umat Islam yang berbunuhan.
Seorang lagi responden yang saya temui adalah seorang lelaki dari Filipina. Dia datang kepada saya untuk memohon sumbangan untuk satu pertubuhan anak yatim. Dan saya mengambil kesempatan ini untuk melakukan soal selidik. Beliau penganut Kristian dan kurang tahu tentang Islam.
Ada seorang lagi yang saya cuba santuni. Seorang wanita yang saya sangkakan Cina. Seorang pekerja kedai. Rupa-rupanya dia Islam. Lalu saya promosikan aktiviti HCF kepadanya dan memintanya menyebarkan program Open Your Eyes Dinner kepada rakan-rakan bukan muslim yang insyaAllah bakal berlangsung 13 Mei ini.
Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana mendapat pengalaman yang tak disangka-sangka dan tak dirancang-rancang ini. Moga Allah merahmati. Seperti satu kurniaanNya dapat mengikuti DDMM ini.