Jamuan Majlis Hari Raya IKRAM NS 2022 Bersama NGO Islam dan Bukan Islam

31hb Mei, Paroi – Alhamdulillah, pada 31hb Mei yang lepas, Pertubuhan IKRAM Negeri Sembilan telah mengadakan majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1443H bertempat di Dewan Utama, Pejabat IKRAM Negeri Sembilan. Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk saling berkenalan, bertanya khabar dan mengeratkan silaturahim antara NGO Dakwah, NGO Bukan Islam,  agensi-agensi kerajaan dan ‘kejiranan’ pejabat IKRAM Negeri Sembilan.

Majlis yang bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang ini telah dihadiri kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada NGO dakwah seperti Perkim Seremban, PIUSBA, MRA, MIRA, Dapur Kausar, Rakan Hidayah, Pusat Pengajian Al-Quran. Pihak IKRAM juga menyantuni komuniti bukan Islam seperti Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall,  Komuniti Baha’i dan Gurdwara Sahib dan Gereja Visitation manakala agensi kerajaan yang dapat hadir adalah seperti SWCorp, Unit Ukhuwah Bahagian Dakwah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Paroi, Koperasi Angkasa Paroi, Pusat Pendidikan Daerah Seremban, SMK Teknik Tuanku Jaafar, Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja Rembau dan PDK Rembau. Ahli Dewan Undangan Negeri yang turut hadir ialah YB Lenggeng, YB Ampangan dan Penyeleras DUN Gemencheh. Suasana majlis berjalan dengan suasana harmoni dan meriah apabila semua pihak saling berkenalan, bertanya khabar dan saling bergambar bersama-sama untuk dijadikan kenang-kenangan.

Istimewanya majlis ini ialah dihadiri oleh Tuan Haji Badlishah Sham bin Baharin, Presiden IKRAM Malaysia yang berkesempatan melayani tetamu sambil ditemani oleh En. Shahrul Aman bin Saari, Setiausaha Agung IKRAM Malaysia dan Tuan Haji Jusni bin Yusoff dari Jawatankuasa Pusat, IKRAM Malaysia. Tuan Haji Kamarul Zaman bin Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare turut hadir ke majlis ini dan juga tidak lupa juga kepada Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Ismail, Pengurus Hidayah Centre Negeri Sembilan yang  sibuk melayani tetamu yang hadir Bersama Tuan Haji Amirasyid bin Densibali, Yang Dipertua IKRAM Negeri Sembilan.

Membina hubungan baik dan menjaga silaturahim adalah tanda-tanda seseorang itu beriman kepada Allah. Sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia menyambung hubungan silaturahim. Menjalin silaturahim juga adalah salah satu cara meningkatkan akhlak terpuji. Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mereka takut kepada Rabbnya dan takut kepada hisab yang buruk.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 21).

Bersempena ‘Majlis Aidilfitri’ tahun ini, diharapkan kita mengetepikan segala persengketaan, perselisihan faham dan ideologi politik masing-masing bagi menghubungkan semula tali silaturahim sesama kita. Marilah kita meneruskan budaya dan amalan kunjung-mengunjung serta mengambil peluang untuk saling bermaaf-maafan dan mencontohi akhlak mulia Rasulullah dalam menjaga peribadi diri serta cara baginda menonjolkan diri ketika berinteraksi sesama manusia. Bagi pihak IKRAM Negeri Sembilan, kami sangat menghargai kehadiran semua dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir tanpa mengira bangsa dan agama. Bersamalah kita membina Negara Rahmah. Untuk melihat gambar lain boleh ikuti berita di facebook : https://www.facebook.com/IKRAMSeremban

#BinaNegaraRahmah

#IKRAMNegeri Sembilan

 

   

   

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia