Bahagian Sibu merupakan salah satu daripada 11 bahagian yang terdapat di Sarawak dan ia berkeluasan 8278 km persegi. Sehingga tahun 2010, jumlah penduduk di Sibu seramai 257, 000 orang.
IKRAM Sibu tidak hanya aktif di bahagian Sibu malah capaian ahli-ahlinya merangkumi Sarikei, Mukah, Kapit dan Betong. Hal ini menjadikan IKRAM Sibu mengurus kawasan yang paling luas untuk IKRAM Sarawak.
Akses
Sibu – Betong : Lima jam perjalanan darat
Sibu – Saratok : Dua jam perjalanan darat
Sibu – Kapit : Tiga jam menggunakan bot ekspres
Sibu – Mukah : Udara / Tiga jam perjalanan darat
Sibu – Sarikei : Sejam perjalanan darat
IKRAM Sibu juga turut menyantuni penduduk-penduduk di Pulau Bruit seperti di Semop, Matu, Daro, Penipah dan lain-lain.
Fokus utama IKRAM Sibu ialah aulad, wanita, remaja dan khidmat masyarakat.