IKRAMTeens Komited Anjur Program Bina Sahsiah Remaja

10425150 783989538326870 6722104743905431218 n

Kem Super Muslim merupakan program anjuran IKRAMTeens Kota Samarahan, diadakan pada 22-23 November yang lepas di Rom Orchid Garden Café and Homestay, Kampung Siol Kandis. Objektif program ini diadakan adalah untuk menerapkan sifat kepemimpinan dalam diri peserta yang hadir melalui ketokohan para sahabat Rasulullah S.A.W dan mengukuhkan akhlak islamiah dengan mengenali Allah dan Rasul-Nya.

Pada tarikh yang sama, program Keindahan Bersama-Mu dianjurkan oleh IKRAMTeens Kuching bertempat di Wisma Biro Wanita, Kuching. Di Miri pula, IKRAMTeens Miri menganjurkan program Kem Didik Insan Cemerlang pada 23-26 November bertempat di Kampung Sukan Petronas, Miri.

Remaja merupakan aset penting bagi sesebuah negara. Jatuh bangun, gelap cerahnya masa hadapan sesebuah negara ditentukan oleh remaja pada hari ini. Maka dengan itu IKRAMTeens selaku sebuah kelab remaja Islam di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia komited membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh, memiliki ciri ciri unggul dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif, kontemporari, seimbang serta berterusan, mampu untuk menjadi remaja yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.

IKRAMTeens berhasrat melahirkan remaja yang berkualiti daripada aspek amal ibadah, remaja yang lebih mantap kepemimpinannya, remaja yang berakhlak setiap masa, berupaya memberi manfaat yang banyak buat umat dan masyarakat, remaja yang berwawasan tinggi, kreatif, inovatif dan berinisiatif, sesuai dengan firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 110, “kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang maaruf, dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.”

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia