IKRAM Negeri Sembilan Meraikan Kebersamaan Masyarakat Majmuk di Royal Chulan Seremban

 

26hb Jan, Seremban – IKRAM Negeri Sembilan Meraikan Kebersamaan Masyarakat Majmuk di Royal Chulan, Seremban pada 26hb Januari yang lalu. Yang Dipertua IKRAM Negeri Sembilan, Tn.Hj. Amirasyid bin Densibali dan Tn. Hj. Ridzuan dari Hidayah Centre Negeri Sembilan telah memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH) yang diadakan di Hotel Royal Chulan pada 26 Januari yang lalu. Turut bersama dalam majlis tersebut ialah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminudin bin Harun dan pelbagai NGO Islam dan bukan Islam.

Jika diperhalusi, akhir-akhir ini, kita menyaksikan pelbagai isu yang sensitif diketengahkan kerana perbezaan dalam masyakarat Malaysia. Situasi itu dilihat ibarat api dalam sekam, jika dibiarkan akan semakin membarah. Oleh itu, IKRAM Negeri Sembilan mengambil pendekatan meningkatkan hubungan baik dengan masyarakat pelbagai kaum dengan menyertai sambutan perayaan ini. Sebagai tanda syukur dilahirkan di negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya di muka bumi ini, kita dianjurkan supaya menyantuni perbezaan tersebut.

ALLAH SWT berfirman: “Wahai manusia! sesungguhnya, KAMI telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian KAMI menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa. ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA TELITI.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Ayat itu jelas menjadi panduan kepada kita untuk menyantuni perbezaan tersebut. Ini juga adalah  sebagai tanda keagungan ALLAH SWT yang menjadikan makhluknya dalam pelbagai bentuk dan rupa. Orang yang paling mulia di sisi ALLAH adalah ketakwaannya. Semoga kita menjadi orang yang berperanan menyeimbangkan keharmonian kaum di negara kita.

 

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia