Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah ‘Tali Kasih Sayang’, ‘Senaman Ikan Paus’, ‘Sikit-sikit Jadi Bukit’ serta ceramah bertajuk ‘Kids Love Palestine’ oleh Saudari Nurul Fatihah binti Amir.
‘Anak-anak kecil ini ibarat span. Dia akan menyerap apa sahaja yang ada di sekelilingnya. Oleh itu, anak-anak ini perlu dididik sejak daripada awal lagi untuk membentuk jati diri dan peribadi mereka’. Demikianlah kata-kata salah seorang fasilitator ketika ditemui.
Rata-rata peserta berasa seronok dapat menyertai program ini dan berharap akan dapat menyertainya lagi pada masa akan datang.