IKRAM Junior Komited Anjur Program Pembangunan Diri Kanak-kanak

Oleh itu, pendidikan mengikut acuan yang betul merupakan satu keperluan dalam kehidupan mereka sejak dari kecil lagi.

Justeru, atas kesedaran ini, IKRAM Junior di beberapa daerah di Sarawak mengadakan beberapa program bertemakan Ramadan. Kesemua program ini bertujuan untuk mendidik anak-anak untuk mula sedar akan kepentingan bulan Ramadan dan memaknainya sejah dari kecil.

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Pada 4 Julai yang lepas, IKRAM Junior daerah Sibu mengadakan program Bestnya Ramadan bertempat di Masjid Muhajirin, Kampung Sentosa, Sibu.

Kehadiran kanak-kanak berusia 7-12 tahun seramai 80 orang peserta ternyata sangat menggalakkan.

Pada 5 Julai pula, IKRAM Junior Kota Samarahan dan Miri mengadakan program secara serentak di Kota Samarahan dan Miri.

IKRAM Junior Kota Samarahan mengadakan program Ramadan : Big Hero bertempat di Masjid Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan. IKRAM Junior Miri pula mengadakan program Ramadan : Kun Anta bertempat di Masjid al-Firdaus, Taman Tunku, Miri.

Kedua-dua program ini menarik lebih kurang 40 orang peserta daripada kalangan pelajar darjah satu hingga enam.

Sepanjang pelaksanaannya, semua peserta kelihatan teruja dalam menjalankan aktiviti yang disediakan terutama sekali dalam aktiviti memancing ikan.

Pelaksanaan program ini menepati kaedah didik hibur yang kini amat dititikberatkan di dalam sistem Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sesungguhnya, kanak-kanak memerlukan suasana yang tenang dan santai dalam menerima ilmu pengetahuan sesuai dengan jiwa keanak-anakan mereka.

Program ini berjalan lancar dengan kerjasama yang sangat baik daripada peserta, pihak ibu bapa dan pihak penganjur.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia