IKRAM Batang Padang Melawat Keluarga Sofian

CHENDERIANG, 16 Mei 2022 – Selesai mengedarkan bantuan pascabanjir berupa makanan kering untuk 53 rumah di Kg. Tersusun Muhibbah dekat sini hari ini, YDP IBP Sdr. Mohd Hasyahril, mantan YDP Ust. Bakhtiar serta sukarelawan IKRAM Batang Padang (IBP) dan Ros Putih (RP) sempat bertandang ke rumah En. Ramli di PPRT Kg. Lubuk Mas.
En. Ramli mempunyai seorang anak, Mohd Sofian yang belajar di Kolej Teknologi MIDAS, Batu Gajah Perak dalam bidang kulinari.
Hasil daripada laporan yang diberikan oleh Sdr. Yunos, seorang ahli IKRAM yang menetap di sini terhadap latar belakang Mohd Sofian serta keluarga beliau, IBP sebelum ini mengambil keputusan untuk menaja sepenuhnya yuran beliau di MIDAS selama setahun.
“Sumbangan IBP seperti ini jarang berlaku, namun hasil perbualan dengan Mohd Sofian dan Sdr. Yunos, kami yakin keluarga ini layak untuk menerima bantuan,” jelas Ust. Bakhtiar yang menerajui IBP pada ketika itu.
En. Ramli rupa-rupanya menghidap penyakit paru-paru yang rosak akibat habuk dan memerlukan bantuan mesin oksigen sepenuh masa. Beliau kini dijaga oleh isterinya, Puan Faridah.
Ust. Bakhtiar mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua exco pada waktu beliau mengemudi IBP kerana banyak membantu menyantuni keluarga En. Ramli ini. Urusan selanjutnya dikendalikan oleh barisan exco sekarang di bawah Sdr. Mohd Hasyahril.
Pada pertemuan kelmarin, RP yang diwakili pengerusinya, Ustzh. Faaizah menghulurkan sumbangan kepada En. Ramli sebanyak RM170 selain sumbangan peribadi yang turut disampaikan ahli IBP – Media IBP

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia