Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Program Agihan Daging Korban IKRAM Bandaraya Melaka

Hari Aidiladha pada tahun ini mengalami kelainan yang ketara berbanding tahun lepas kerana PKP yang menghambat pergerakan dan pengumpulan umat Islam meraikannya dengan semangat kejiranan/kariah seperti kebiasaan. Namun begitu, ia tidak menghalang IKRAM Bandaraya Melaka untuk terus menganjurkan program serahan sumbangan daging korban untuk masyarakat B40.  Sebanyak 65 kg daging telah diedarkan kepada keluarga-keluarga di sekitar Melaka Tengah daripada qurban yang diniatkan dan dikumpulkan daripada kalangan masyarakat dan ahli IKRAM Melaka.

Yang diPertua IKRAM Bandaraya, Saudara Abdullah Munir mengucapkan terima kasih kepada peserta qurban kali ini dan mendoakan agar Allah menerima qurban mereka. Beliau juga mengucapkan penghargaannya kepada pasukan sukarelawan pengedar pek qurban dan berharap moga mereka mendapat ganjaran selayaknya.  Beliau turut berharap agar sumbangan daging qurban ini memberi sedikit keceriaan kepada keluarga yang mengalami kesempitan akibat PKP sekarang ini.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia