Hari Aidiladha pada tahun ini mengalami kelainan yang ketara berbanding tahun lepas kerana PKP yang menghambat pergerakan dan pengumpulan umat Islam meraikannya dengan semangat kejiranan/kariah seperti kebiasaan. Namun begitu, ia tidak menghalang IKRAM Bandaraya Melaka untuk terus menganjurkan program serahan sumbangan daging korban untuk masyarakat B40. Sebanyak 65 kg daging telah diedarkan kepada keluarga-keluarga di sekitar Melaka Tengah daripada qurban yang diniatkan dan dikumpulkan daripada kalangan masyarakat dan ahli IKRAM Melaka.
Yang diPertua IKRAM Bandaraya, Saudara Abdullah Munir mengucapkan terima kasih kepada peserta qurban kali ini dan mendoakan agar Allah menerima qurban mereka. Beliau juga mengucapkan penghargaannya kepada pasukan sukarelawan pengedar pek qurban dan berharap moga mereka mendapat ganjaran selayaknya. Beliau turut berharap agar sumbangan daging qurban ini memberi sedikit keceriaan kepada keluarga yang mengalami kesempitan akibat PKP sekarang ini.