Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

i-Bantu Terus Komited Santuni Golongan Yang Kurang Berkemampuan

menyusun aktiviti pendidikan atau tarbiah, dakwah serta khidmat masyarakat di tempat yang berhampiran dengan cawangannya.

Pertubuhan IKRAM Malaysia turut komited dalam melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat bagi menyantuni mereka yang kurang bernasib baik dan berkemampuan melalui institusinya, i-Bantu.

Berikut merupakan rangkuman aktiviti i-Bantu di seluruh sarawak pada 11 dan 12 Julai yang lepas.

KUCHING: Majlis Pelancaran Bazar Aidilfitri dan Tabung kemanusiaan MyCARE telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Mohd Naroden Hj Majais dan telah disaksikan oleh Dr. Hj Azhar bin Hj Ahmad, YDP IKRAM Negeri Sarawak.

Majlis ini dianjurkan oleh Koperasi Usahawan Bumiputera Sarawak (KUSB) dengan kerjasama Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PERTIGA), Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak, Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera Sarawak dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Selain itu, majlis juga meraikan golongan yang kurang berkemampuan dengan penyerahan 20 kotak pek makanan dan beras untuk mereka yang terpilih di Kampung Kudei. Penyampaian di sempurnakan oleh YB Datuk Hj Mohd Naroden Hj Majais.

Di akhir majlis, penyerahan bubur lambuk diberikan kpd pengunjung bazar.

KOTA SAMARAHAN: Untuk program Tautan Kasih Ramadan kali ini, i-Bantu Kota Samarahan mengagihkan pek makanan kepada 100 buah keluarga daripada lima buah kampung di sekitar Kota Samarahan iaitu Kampung Sambir, Kampung Melayu, Kampung Tanjung Bundong, Kampung Baru dan Kampung Meranek.

Turut diadakan program sebuah rumah seorang ibu tunggal di Kampung Baru oleh Wanita IKRAM Kota Samarahan.

SIBU: Di Sibu pula, agihan pek makanan kepada keluarga yang kurang berkemampuan bertempat di Kampung Bahagia Jaya, Sibu dan Kpg Semop dan Kpg Saai di Daro Mukah

BINTULU: Minggu lepas merupakan minggu terakhir bagi agihan sumbangan Santuni Asnaf Raikan Aidilfitri 1436H [SARA 1436H] melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Sungai Plan, Kampung Kemunting dan Kampung Jepak. Seperti yang disasarkan, SARA 1436H telah berjaya menyalurkan bantuan kepada 80 keluarga asnaf di serata Bintulu. Lebih kurang RM17,000 terkumpul untuk tujuan ini. Semuanya dari orang perseorangan, pertubuhan seperti JKIM MLNG dan juga hasil kutipan Rayuan Ramadhan IKRAM.

MIRI: i-Bantu IKRAM daerah Miri melalui Skuad IKRAM Prihatin membuka booth bergerak di Taman Bulatan Pujut dengan khidmat menyediakan makanan dan pakaian percuma untuk mereka yang memerlukan.

Menerusi booth ini juga, masyarakat sekitar boleh menyumbang makanan untuk diedarkan secara percuma kepada mereka yang memerlukan. Di samping itu, pihak Skuad IKRAM Prihatin juga menerima sumbangan pakaian terpakai bagi keperluan khidmat masyarakat sekitar Miri.

Pada masa yang sama, penyerahan pek makanan kepada keluarga yang kurang berkemampuan turut diadakan di Kampung Baram, Miri.

Orang ramai dijemput untuk turut serta dalam program-program anjuran IKRAM pada masa akan datang. Selain itu, sokongan dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program-program ini sangat dialu-alukan.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia