i-Bantu Sarawak Menyerahkan Pek Ramadhan

 

Menerusi booth ini juga, masyarakat sekitar boleh menyumbang makanan untuk diedarkan secara percuma kepada mereka yang memerlukan. Di samping itu, pihak Skuad IKRAM Prihatin juga menerima sumbangan pakaian terpakai bagi keperluan khidmat masyarakat sekitar Miri. Usaha ini akan diteruskan setiap hujung minggu sepanjang Ramadan ini.

Berikut merupakan lokasi pilihan Skuad IKRAM Prihatin sepanjang Ramadhan ini di sekitar Miri :

21, 28 Jun dan 5 Julai (Ahad) di Bulatan Park Parking Lot
27 Jun (Sabtu) di Masjid At Taqwa Miri
4 Julai (Sabtu) di Masjid Darul Ehsan
11 Julai (Sabtu) di Masjid An Naim

Masyarakat sekitar adalah dijemput bersama untuk memeriahkan booth ini. Anda boleh bersama menjadi sukarelawan, menyumbang, mengedar dan mendapatkan makanan serta pakaian percuma bermula jam 4 petang sehingga 5.30 petang di lokasi-lokasi tersebut.

Di daerah Kuching pula, i-Bantu juga komited menyantuni dan menyampaikan sumbangan hasil kutipan daripada masyarakat melalui program Tautan Kasih Ramadhan.

Untuk pengagihan kali ini, i-Bantu mensasarkan penduduk di Kampung Tabuan Melayu Hilir, Kampung Tabuan Ulu, Kampung Tabuan Tengah, Kampung Tabuan Dani, Kampung Selipar Putus, Kampung Sri Maimunah Sungai Apong dan Kampung Sungai Periok.

Sumbangan berbentuk pek makanan ini disampaikan oleh YDP Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak, Dr. Hj. Azhar bin Hj. Ahmad, Dr. Sadiah Mohd Ali, Ketua JK Khidmat Masyarakat IKRAM Sarawak dan Abdul Rahman Hassan selaku Ketua JK Khidmat Masyarakat IKRAM daerah Kuching. 

BeFunky Collage

Program ini akan berterusan sehingga 26 Ramadan dan sebarang sumbangan secara tunai boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 110130 1009 2175 atas nama Pertubuhan IKRAM Malaysia 

negeri Sarawak dan info transaksi boleh mesej atau Whatsapp kepada Nora (016-8997297).

i-Bantu Bintulu tidak turut ketinggalan melalui programnya Santuni Asnaf Raikan Aidilfitri (SARA) 1436H. Agihan daripada hasil sumbangan orang ramai akan diagihkan pada setiap minggu. Pada minggu lepas, 20 keluarga daripada golongan asnaf di PPR Bandaria mendapat manfaatnya.

SARA 1436H mensasarkan bantuan kepada 80 buah keluarga di sekitar Bintulu dan kutipan sumbangan terus berjalan sehingga akhir Ramadan. Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Bank Muamalat 110 3000 1398 715 atas nama Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Bintulu.

Menerusi program kemasyarakatan ini jelas menunjukkan komitmen dan kesungguhan IKRAM Sarawak untuk memberi khidmat dan sumbangan kepada masyarakat. Pemupukan masyarakat yang sejahtera seperti diwar-warkan oleh kerajaan bukan sahaja memerlukan komitmen agensi-agensi kerajaan malahan badan bukan kerajaan, individu, agensi swasta dan masyarakat itu sendiri.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia