HOSPITAL KULIM TERIMA CADAVER BAG DARI I-BANTU KULIM

KULIM – Tidak terbayang dan terlintas difikiran sebelum ini i-Bantu Kulim akan menjadi penyampai sumbangan berupa Cadaver Bag kepada Hospital Kulim. Tetapi itulah hakikat yang perlu diterima apabila kes kehilangan nyawa berpunca dari virus Covid-19 semakin bertambah. Sumbangan tersebut telah disampaikan pada 16 Ogos 2021 bertempat di Hospital Kulim.

Sebelum itu, i-Bantu Kulim sempat menyampaikan 2 unit industrial fan dan 2 set extension wire bagi kegunaan Pusat Pemberian Vaksin Dewan Mahsuri, Padang Serai dan awal paginya sempat menyampaikan pek makanan kepada keluarga yang terputus bekalan makanan. I-Bantu Kulim  mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dan menyeru agar kita sentiasa menjaga kesihatan serta keselamatan diri dan keluarga.

 

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia