Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hari Ibu: 4 Aktivis Wanita IKRAM Selangor Terima Anugerah dari PEKAWANIS

SHAH ALAM, 18 Mei – Ketua Wanita IKRAM Kawasan Hulu Langat, Noor Azizah Abu Hassan dan Ketua Wanita IKRAM Kawasan Ampang Jaya, Dr Radziah Jabir termasuk dalam kalangan 179 orang keseluruhan yang menerima anugerah daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) sempena Majlis Sambutan Hari Ibu PEKAWANIS 2024 peringkat Negeri Selangor yang telah berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah di sini pada Sabtu.

Noor Azizah menerima Anugerah Ibu Mithali bagi Parlimen Hulu Langat manakala Dr. Radziah menerima anugerah sama bagi Parlimen Gombak yang telah disampaikan oleh Yang DiPertua PEKAWANIS, Datin Seri Masdiana Mohamad.

Pada masa sama, Ustazah Arfah Abd. Wahab dan Muzlifah Hassan dari Wanita IKRAM Kawasan Serdang turut menerima anugerah sama di bawah Parlimen Puchong.

Datin Seri Masdiana dalam ucapannya berkata bahawa, anugerah berkenaan adalah sebagai tanda penghargaan kepada golongan ibu yang banyak berjasa kepada keluarga dan masyarakat.

Katanya lagi, jasa dan pengorbanan ibu sangat besar sehingga tidak dapat digambarkan dengan perkataan dan tidak mampu dibalas walau dengan segunung emas atau selaut intan. Beliau juga menzahirkan ucapan tahniah kepada kesemua penerima anugerah yang diraikan.

Dalam perkembangan berkaitan, PEKAWANIS turut menganugerahkan 3 lagi anugerah utama yang lain iaitu Anugerah Tokoh Ibu Ikon, Anugerah Tokoh Ibu Inspirasi dan Anugerah Tokoh Ibu Inovatif.

Majlis yang berlangsung di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri (SUK) itu juga dihadiri oleh Tengku Putri Datin Paduka Hajjah Arafiah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Hadir sama, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Kerajaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Anfaal Saari.

 

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia