Forum dan Bengkel “Married or Mental: Menangani Isu Perceraian Usia Muda Melalui Kesihatan Mental”

SHAH ALAM – Wanita IKRAM Negeri Selangor hadir memenuhi jemputan penganjur sebagai antara pihak penaja bagi Forum dan Bengkel “Married or Mental: Menangani Isu Perceraian Usia Muda Melalui Kesihatan Mental” yang telah berlangsung di Universiti Selangor (UNISEL) pada Sabtu lalu.

Program yang telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Negeri Permatang, YB Puan Rozana Zainal Abidin itu merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Wanita Berdaya Selangor.

Beliau dalam ucapan perasmiannya berkata bahawa trend perceraian dalam kalangan pasangan muda hari ini atau pertimbangan untuk bercerai dalam usia muda ini seolah-olah menjadi penyelesaian ketika mereka menghadapi konflik rumahtangga.

“Perceraian ini secara tidak langsung akan beri kesan mendalam terhadap kesihatan dan kesejahteraan dari sudut psikologi, sosial dan ekonomi,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, turut diadakan, forum bual santai bertajuk Teratai Layu di Tasik Madu: Impak Psikologi Perceraian Usia Muda dan Perspektif dari Segi Agama bersama tiga ahli panel, Pegawai Psikologi, Ketua Bahagian Agama dan Kaunseling IPD Shah Alam, Puan Zaiwana Ngojar, Pegawai Psikologi LPPKN Selangor, Puan Ratna Safura Kamal Shari dan jemputan khas Datin Seri Hajah Azlin Hezri.

Sebelum itu, bagi menyalurkan pengetahuan dari aspek perundangan berkaitan perkahwinan dan perceraian di Malaysia, sebuah ucaptama bertajuk Ku Bersuara: Undang-Undang dan Perceraian Usia Muda telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang.

Manakala pada sebelah petangnya, program diteruskan dengan bengkel Psychological First Aid (PFA) yang telah dikendalikan oleh Pegawai Psikologi KKM, Puan Norhaidah Asma untuk memberi pendedahan mengenai kemahiran sistem sokongan ketika berlakunya krisis.

Selain itu, program ini turut dimanfaatkan oleh para pelajar dari Kolej Vokasional Sungai Buloh dan masyarakat umum.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia