Doa Seorang Sahabat Buat Sahabat Se-iman

Doa seorang sahabat buat sahabat se-iman

Pernahkan kita jatuh sakit? Ya, pastinya dalam melalui kehidupan, akan tiba satu fasa kita akan diuji dengan masalah kesihatan. Hatta kita sedang mengalami sakit gigi, satu tubuh badan kita tidak mampu untuk bertenang mahupun berehat. Andai kita mengidap migrain, biarpun sakit itu berada di kepala, namun sistem badan akan “lumpuh”.

Begitulah sunnatullah yang diciptaNya agar kita memahami tubuh badan ini sebagai satu sistem dan hubungan yang bersepadu.

Sungguh indah tamsilan baginda Nabi. Dengan merenung tubuh sendiri, ia mendidik kita agar memandang dengan cara yang sama terhadap umat ini.

‘Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi di antara mereka adalah ibarat satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak bisa tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya).” (HR Muslim No 4685)

Dunia dikejutkan dengan insiden gempa bumi yang mengakibatkan kerosakan material mahupun kehilangan nyawa. Melihat saudara kita diuji, pasti akan menjentik empati dalam nurani. Daripada empati akan timbul pula kemahuan untuk membantu. Namun, jarak dan tanggungjawab “hakiki” di negara perlu diteruskan.

Apakah pilihan yang ada? Ya, berDOA-lah kepada Ar-Rahman, Maha Penyayang. Doa-kan mereka yang pergi dicucuri rahmat dan mereka yang masih hidup agar dikuatkan jiwa dalam menghadapi ujian.

“Ya Allah. Rahmatilah ruh yang telah pergi, dan perteguhkan hati mereka yang ditinggalkan…”

Amiin

Sumbangan boleh disalurkan¬†ūüĎá

https://mycare.qrd.by/turkiyens 

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia