Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

[Berita] FOOD TO SHARE di Daerah Rembau

Rembau, 27 JUN – Program food to share telah diadakan di Daerah Rembau anjuran Kursus Khidmat Masyarakat II UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau dengan kerjasama Jawatankuasa Wanita IKRAM Negeri Sembilan, Yayasan Bunga Raya, Persatuan Briged Sukarelawan, dan MPKK Daerah Rembau.

Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 7.30 malam melibatkan seramai 46 orang ibu tunggal dan asnaf di Daerah Rembau. Untuk makluman, program yang julung kalinya diadakan pada tahun 2021 ini adalah rentetan daripada program Sinergi Aidilfitri Motivasi Kesejahteraan Mental dan Spiritual yang diadakan pada 19 Jun 2021 dengan tujuan untuk memberi sumbangan kepada ibu tunggal. 

Program Food to Share ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada 11 orang Ketua Kampung di Kawasan Kg Tanah Datar Chengkau, Kota, Rumah Rakyat Chembong, Kundur Hilir, Pedas Perdana, Pilin, Kg Penajis , Desa Permai Kundur, Taman Akasia, Kg. Senama Hilir, Taman Rembau Permata dan Taman Rembau Utama. 

Antara barangan asas seperti barangan keperluan dapur iaitu beras, minyak masak, telur, kicap, tepung gandum, gula pasir, garam, susu dan biskut telah ditaja oleh Yayasan Bunga Raya kepada asnaf Daerah Rembau. Selain itu, Kursus Khidmat Masyarakat II UiTM Cawangan Negeri Sembilan dengan Kerjasama Jawatankuasa Wanita IKRAM Negeri Sembilan, dan Persatuan Briged Sukarelawan pula telah menaja sebanyak RM50 kepada ibu tunggal untuk membeli barangan keperluan mereka di Pasar Raya seperti Family Store dan Speedmart 99. Hasil daripada program ini, wakil jawatankuasa program Puan Noor Hazimah Hani binti Hamsin dan Suhaila bt Sharil berjaya menyantuni ibu tunggal dan asnaf dengan bantuan MPKK. Terdapat satu keluarga asnaf yang positif Covid -19 dan sedang kuarantin di rumahnya di Chengkau telah menerima bantuan berbentuk barangan keperluan asas di meja yang telah disediakan di hadapan rumahnya manakala seorang ibu tunggal yang menghidap penyakit kudis di kaki dari Kg Penajis Bandar menitiskan air mata kerana terharu masih ada NGO yang ingin memberi sumbangan kepadanya. Beliau juga merupakan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal. 

Di samping itu, terdapat juga ibu tunggal warga emas yang berasa risau kerana mereka belum menerima vaksin namun ketua kampung meyakinkan bahawa warga emas adalah orang yang didahulukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menerima suntikan vaksin. Seorang ibu tunggal di Pedas Perdana yang baru sahaja bercerai juga menyatakan beliau belum mendaftar suntikan vaksin dalam aplikasi My Sejahtera manakala seorang ibu tunggal yang tinggal di kawasan Chembong telah menumpang di rumah adik-beradik kandung disebabkan kekangan yang dihadapinya bersama keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Sekitar pukul 5 petang pihak jawatankuasa program telah bergegas ke Desa Permai Kundur untuk memberi bantuan kepada ibu tunggal di sana dan kedatangan mereka disambut oleh tiga orang ahli jawatankuasa manakala seorang ibu tunggal yang mempunyai 5 orang anak  mengucapkan syukur atas rezeki yang diberikan dan mendoakan semoga program ini dapat memberi impak kepada ibu tunggal di sekitar Daerah Rembau. Terdapat seorang anak ibu tunggal yang tinggal di Kundur Hilir berazam untuk membantu orang seperti ibunya apabila besar kelak. Sangat terharu dengan kata-katanya semoga semangatnya yang tidak pernah luntur membuatkanya berjaya pada masa hadapan. 

 

Apa yang menarik juga, melalui program ini menemukan seorang ibu tunggal yang kematian suami dan bekerja sebagai penoreh getah mempunyai anak seramai 7 orang serta tinggal di Kg Senama Hilir menyatakan anaknya merupakan pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau. Alhamdulillah, dengan adanya program seperti ini maka sedikit sebanyak dapat menggembirakan ibu tunggal di sekitar Daerah Rembau di samping membantu dari sudut kesejahteraan mental dan spiritual. 

Sekalung penghargaan diucapkan kepada  Ketua Wanita IKRAM Negeri Sembilan Puan Hajah Rosemawati binti Ali dan Puan Hajah Jawiah binti Darmawan selaku Ketua Wanita IKRAM Rembau atas usaha menyalurkan sumbangan daripada Jawatankuasa Wanita IKRAM Negeri Sembilan dan Yayasan Bunga Raya untuk menjayakan program. Tidak dilupakan juga kepada pelajar Kursus Khidmat Masyarakat II UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau yang bertungkus-lumus berusaha memastikan program berjalan dengan lancar walaupun secara ‘ODL’ dan mencari inisiatif serta dana untuk membantu ibu tunggal dan menyediakan kupon. Tahniah juga diucapkan kepada barisan MPKK Daerah Rembau yang membantu jawatankuasa program dengan memberikan senarai nama ibu tunggal dan asnaf di kawasan mereka. Semoga usaha ini diberkati dan didoakan semoga diberi kesihatan kepada semua ibu tunggal dan asnaf di Daerah Rembau. 

 

#kibarkanbenderaputih

#kitabantusesamakita 

#sebarkankasihsayang 

#masyarakatRahmah

#BinaNegaraRahmah 

#IKRAMRembau

#IKRAMNS

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia