29hb Jun, Jelebu – Pada 27 dan 28 Jun yg lalu, wakil IKRAM Seremban di Jelebu iaitu Cikgu Lizam bersama dua orang sukarelawan iaitu Cikgu Nuraini bt Amir dan Pn. Asma bt Abd Rahim telah menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan asas kepada 10 buah keluarga di sekitar Kg Triang, Klawang, Sg. Rotan, Kg. Sarin dan Bandar Tinggi.
Keluarga yang terpilih ini terdiri daripada ibu tunggal, kehilangan pekerjaan, terkesan akibat PKP dan sebagainya. Sumbangan barangan keperluan ini adalah tajaan dari Yayasan Bunga Raya.
IKRAM Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih atas bantuan dan sokongan daripada Yayasan Bunga Raya dan juga kepada sukarelawan yang membantu menyampaikan sumbangan.
#BinaNegaraRahmah
#IKRAMSeremban
#IKRAMNS