[Berita] Agihan Sumbangan Food Bank As-Sa’idiyyah

2hb Ogos, Seremban – Pusat Pendidikan As-Sa’idiyyah dan IKRAM Seremban telah menyampaikan Food Basket kepada beberapa buah keluarga yang kesempitan semasa pendemik ini.

Antara barang keperluan yang disumbangkan seperti beras, minyak tepung, susu, gula, sardin dan kopi telah diberikan kepada 8 buah keluarga bertempat di SRI As-Sa’idiyyah pagi tadi.

Tn Hj Jamaludin bin Hassan, JK Pendidikan IKRAM dan Puan Haliza bt Ramli selaku Guru Besar telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga terbabit.

Adalah diharapkan agar sumbangan ini dapat meringankan beban masyarakat sekitar yang terkesan dengan pendemik ini.

Seperti firman Allah SWT, yang bermaksud Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah, ayat 2)

#BinaNegaraRahmah
#IKRAMSeremban
#IKRAMNS

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia