Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Beri Pendedahan Teori, Praktikal dalam Kursus Pengurusan Jenazah Wanita

JENDERAM HILIR – Seramai kira-kira 63 orang peserta yang tinggal berhampiran Surau Muhajirin Taman Desa, Jenderam Hilir hadir ke Balai Raya Jenderam Hilir bagi menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah (Wanita) yang berlangsung semalam di sini.

Kursus yang telah dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jenderam Hilir, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Majlis Perbandaran Sepang, IKRAM Sepang, Wanita IKRAM Sepang dan Pusat Wanita Berdaya DUN Dengkil itu telah bermula pada jam 8 pagi dengan sesi ceramah oleh Ustazah Hajjah Adilah Binti Mohd Zain.

Beliau yang juga merupakan mantan pembimbing pengurusan jenazah di Masjid Putra, Putrajaya itu turut menunjukkan cara praktikal pengurusan jenazah kepada para peserta.

Selain itu, peserta turut menerima cenderamata berupa sudip dan senduk daripada Wanita IKRAM Sepang sebagai penghargaan kepada para wanita sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut baru-baru ini. Kursus tamat pada kira-kira jam 12 tengah hari.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia