



2hb Okt, Paroi – Alhamdulillah Bengkel Modul Cepat Baca Awal telah berjaya dilaksanakan pada hari ini, 2 Okt 2022 di Pejabat IKRAM Negeri Sembilan, Paroi. Seramai 17 orang peserta bengkel dan 3 orang fasilitator yg telah menjalani Bengkel TOT Modul Cepat Baca Awal terus daripada founder iaitu Pn Zairani A Hamid pada 31 Julai 2022 lepas telah berjaya berkongsi pengetahuan mereka bersama-sama peserta.
Aktiviti seperti ice breaking, kaedah menggunakan buku 1, 2 dan 3 dalam Modul ini telah dikongsikan oleh tenaga pengajar bersama-sama. Modul ini diharapkan dapat membantu guru-guru dan para ibu bapa membantu murid-murid pra-sekolah, sekolah rendah dan menengah menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan cepat, in sha Allah.
Bengkel ini akan menjadi titik tolak model solusi yg akan dilaksanakan oleh Wanita IKRAM Negeri Sembilan (WINS) dan Wanita IKRAM Kawasan.