Anugerah Inspirasi Ibu 2024: Hargai Jasa dan Pengorbanan Ibu

MELAKA, 12 Mei – Puan Rahamah Mohtar, 61, ibu kepada 8 cahaya mata diumumkan sebagai penerima Anugerah Inspirasi Ibu yang telah disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dalam Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 yang telah berlangsung di Pusat Keluarga LPPKN di sini pagi tadi.

Kisah perjuangan hidupnya dalam membesarkan anak-anak terutamanya kecekalan beliau dalam menjaga salah seorang anak kembarnya yang disahkan menghidap cerebral palsy dan berkemungkinan akan terlantar sepanjang hayat sangat memberi inspirasi dan menambat hati juri.

Ibu ini yang enggan berputus asa, mengambil keputusan meninggalkan kerjayanya sebagai seorang guru demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada anaknya itu yang memerlukan rawatan fisioterapi hampir setiap hari.

Berkat kesabaran beliau, anaknya itu mampu bertutur dan berjalan pada usia 3 tahun dan kini telah pun berusia 21 tahun; mampu berdikari dan menguruskan diri sendiri.

Selain itu, beliau terus diuji apabila suaminya pula diserang strok 3 tahun lalu serta perlu dibantu makan minumnya dan dalam urusan seharian. Kini, tahap kesihatan suaminya telah semakin pulih.

Dalam perkembangan berkaitan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan anugerah ini bagi mendapatkan kisah inspirasi istimewa serta unik para ibu sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024.

Memetik kriteria yang disenaraikan oleh pihak penganjur, kisah inspirasi ini berkonsepkan tema sambutan pada tahun ini; Terima KASIH Ibu, yang sangat sinonim dengan ucapan seharian bagi menghargai jasa dan pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu.

Ibu yang sejahtera dari segi pengurusan emosi dan tingkah laku akan mendukung keluarga untuk kekal resilien dan berdaya tahan.

Dalam erti kata lain, tema ini seiring dengan konsep dasar kempen nilai KASIH iaitu Kasih Sayang, Akhlak, Sihat dan Selamat, Ilmu, dan Harmoni untuk mencapai kesejahteraan keluarga.

Wanita IKRAM Selangor turut mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas penganugerahan tersebut kepada Puan Rahamah Mohtar yang juga merupakan aktivis Wanita IKRAM Kawasan Kuala Selangor. Semoga kisah beliau ini memberi inspirasi dengan sifat ketabahan dan daya tahan keibuan walaupun berdepan kesukaran.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia