Siri Minda YDP IKRAM Selangor: MALAYSIA PERLU MENJADI NEGARA MARITIM

Ketika menyaksikan video proses pemakaman Queen Elizabeth II yang menarik perhatian saya adalah pedati yang membawa keranda baginda ditarik oleh tentera laut British. Saya tertanya “kenapa tentera laut ? Kenapa tidak tentera darat ?

Apabila melihat video lama pemakaman King George bapa queen, juga dengan tradisi yang sama.
Mungkin kekuatan utama empayar British yang begitu besar adalah tentera marinnya. Begitulah Portugal, Sepanyol dan Belanda. Mereka dapat menjajah di daratan yang jauh melalui laut. Setelah British kekuatan ini diwarisi berikutnya oleh Amerika. Sehingga hari ini.
Bagaimana dengan kekuatan tentera laut kita? Nak buat kapal laut pun tak siap-siap. Tentera laut belum menjadi kebanggaan negara kita.
Sebagai rakyat kita mahu negara kita hebatdari segi pertahanan dan strategi. Sebagai semenanjung kita dikelilingi laut kecuali utara. Sabah dan Sarawak adalah di Pulau Borneo. Kita memiliki selat yang tersibuk di dunia iaitu Selat Melaka. Sempadan laut antara Sabah dan Filipina serta Sulawesi juga sibuk dengan kapal perdagangan China, Jepun, Korea, Australia dan New Zealand.
Kuasa-kuasa besar Amerika, NATO dan China sibuk dengan kekuatan strategik di Laut China Selatan. Sahabat baik kita jiran serumpun iaitu Indonesia adalah negara kepulauan. Dikelilingi laut. Negara tersebut terdiri dari 17 ribu pulau.
Malaysia perlu menguasai geostrategik dirantau ini. Kita perlu menguasai laut. Kita perlu menjadi negara maritim. Tentera laut kita perlu kuat. Industri perkapalan perlu dipacukan. Pelabuhan dan jalan laut perlu ditambah dan kuat. Sepatutnya setiap negeri memiliki pelabuhan besar.
Negara ini perlukan kepimpinan yang kuat. Tahu kemana negara akan dibawa. Tahu resipi negara maju, berdaulat, bermaruah dan bertemadun. Pemimpin yang jujur dan amanah. Ikhlas membangun negara dan memperkasa rakyat. Tiada sekelumit rasa hati ingin sakau duit rakyat.
Negara rahmah perlukan pemimpin yang kompeten dan berintegriti.
– Prof Madya Dr Muhammad Azhar Zailaini
Yang Dipertua IKRAM Negeri Selangor

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia