Pasir Gudang, 31 Ogos 2022 – IKRAM Kawasan Pasir Gudang telah menganjurkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 dengan kerjasama PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Scientex dan Jawatankuasa Penduduk Zon Scientex 1. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Encik Leong Yew Seng, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Scientex 1. Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran Jawatankuasa IKRAM Negeri Johor, Dr. Zaid Bin Omar selaku wakil daripada Yang Dipertua IKRAM Johor. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti senamrobik, sukaneka, pertandingan dekorasi kek merdeka, gerai jualan, flashmob , aktiviti mewarna dan nyanyian lagu patriotik. Majlis juga dimeriahkan dengan pameran booth IKRAM dan agensinya seperti Hidayah Centre Foundation Johor.