Projek Penghasilan Personal Protective Equipment (PPE) untuk Frontliners

11 May 2020, Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Perlis telah bekerjasama dengan Kolej Komuniti Arau bagi menjayakan projek menjahit Personal Protective Equipment (PPE) untuk keperluan anggota kesihatan negeri Kedah.

Melalui kerjasama ini sebanyak 300 pasang set lengkap PPE (gown, boot dan hood) berjaya dihasilkan dan kemudiannya diserahkan pada 11 Mei 2020 kepada Pengerusi Persatuan Sayang Sg. Petani, Dato Paduka Jaafar yang juga merupakan penaja fabrik PPE tersebut.

IKRAM Perlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kolej Komuniti Arau di atas kepercayaan yang telah diberikan. Tidak lupa juga kepada ahli-ahli IKRAM Perlis dan juga sukarelawan-sukarelawan setempat yang begitu komited menyiapkan projek ini dalam tempoh seminggu. Tanpa kerja keras dan komitmen semua pihak ianya tidak akan berjaya. Semoga segala usaha mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah swt.

Galeri;

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia