1000 Hari Pertama Kehidupan: Sesi Libat Urus Bersama Wakil Hospital dan Klinik Swasta Sekitar Selangor

SERI KEMBANGAN – Satu sesi libat urus bersama wakil-wakil dari hospital dan klinik swasta sekitar Selangor telah diadakan pada Khamis, 10 Ogos lalu di sini.

Dipengerusikan oleh Jawatankuasa Advokasi dan Model Solusi (Wanita dan Keluarga), Wanita IKRAM Selangor, Dr. Wardah Mustafa Din, pertemuan selama hampir 2 jam itu telah dihadiri oleh seramai 12 orang wakil dari 8 buah hospital dan klinik swasta berdekatan termasuklah Poliklinik An-Nur Bandar Teknologi Kajang dan Jalan Reko, Klinik Dr. Twins, Klinik Uzma, Klinik As-Salam, Rumah Bersalin Beruntung, Hospital An-Nur dan Pusat Rawatan AMC.

Dr. Wardah berkata, pendidikan masyarakat merupakan salah satu cara yang efektif dalam meningkatkan kesedaran, memberikan pengetahuan dan mengubah tingkah laku sesebuah komuniti terutamanya dalam usaha meningkatkan kualiti hidup berkait dengan kesihatan.

“Sehubungan itu, Wanita IKRAM Selangor berhasrat untuk melaksanakan advokasi mengenai 1000 Hari Pertama Kehidupan ini bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan ibu dan bapa tentang peri pentingnya 1000 hari pertama kehidupan anak dalam mengurangkan risiko bantut,” ulasnya.

Tambahnya lagi, libat urus dan kerjasama dari hospital dan klinik swasta tersebut merupakan salah satu langkah awal untuk mengetengahkan isu ini secara terus kepada segmen tumpu yang terlibat termasuklah ibu-ibu mengandung yang membuat pemeriksaan di hospital dan klinik swasta berkenaan, ibu-ibu yang melahirkan dan membuat kunjungan susulan suntikan anak di hospital dan klinik swasta berkenaan serta para bapa.

Menyambut baik inisiatif ini, dalam sesi soal jawab dan perbincangan, Dr. Rosmaliza Kamaruddin dari Klinik As-Salam turut berkongsi pengalaman beliau serta menggalakkan agar isu nutrisi sepanjang kehamilan dan tahun pertama kehidupan seorang anak disampaikan tuntas kepada para ibu dengan sokongan para bapa.

Di samping itu, Hospital An-Nur turut mencadangkan agar advokasi 1000 hari pertama kehidupan ini dimasukkan ke dalam modul antenatal di kelas antenatal yang diadakan oleh pihak hospital.

Kata Dr. Wardah lagi, bentuk penglibatan dari klinik dan hospital swasta yang bersetuju untuk libat urus ini secara asasnya ialah memberikan kesedaran kepada segmen tumpu tentang isu ini dan membuat edaran bahan bercetak yang akan disediakan secara percuma dan berkala oleh Wanita IKRAM Selangor kepada pelanggan masing-masing.

Sementara itu, Ketua Wanita IKRAM Selangor, Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman dalam pembentangannya berkata, isu bantut atau dalam kata lainnya, apabila ketinggian kanak-kanak tidak mencapai tahap yang sepatutnya pada peringkat umur tertentu perlu diberi perhatian oleh pelbagai pihak bagi mengesan dan mengatasi masalah bantut lebih awal.

Beliau yang juga merupakan Ketua Jabatan Pemakanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM itu turut berharap agar projek tersebut menjadi produk rintis yang boleh dimanfaatkan oleh semua segmen tumpu yang terlibat bagi membantu memastikan anak-anak mendapat permulaan kehidupan yang terbaik.

Turut hadir, Timbalan Ketua Wanita IKRAM Selangor, Dr. Syamimi Saadon dan barisan ahli jawatankuasa Wanita IKRAM Selangor yang lain. Sesi tamat sekitar jam 12 tengah hari.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia