10 Julai, Papar – Pada 6 dan 7 Julai yang lepas, telah berlangsung Mukhayyam Akhawat Negeri Sabah bagi tahun 2024, bertempat di Hidden Paradise Resort, Papar. Mukhayyam Akhawat merupakan satu program pembangunan diri yang dijalankan khusus buat ahli wanita.
Β Β Β Β Membawakan tema βBangkit Bersama, Terus Bergerak!β, program yang berlangsung selama 2 hari, 1 malam ini telah dihadiri hampir 100 orang ahli dari serata pelosok Negeri Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini antaranya pengisian daripada Ustazah Sallawahiu binti Mohd Salleh (Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia), Dr. Norlaili binti Mustafa (Ketua Unit Tarbiyah Modal Insan Wanita, Pertubuhan IKRAM Malaysia) dan Ustazah Anizah binti Shamsudin (Ketua Unit Tarbiyah Modal Insan Wanita Negeri Sembilan). Selain itu, turut diadakan sesi Curhat & Campfire, Qiamullail, Sarapan Kreatif serta Explorace.
Β Β Β Β Istimewanya mukhayyam kali ini, para peserta turut dikejutkan dengan persembahan kebudayaan yang disediakan oleh pihak Hidden Paradise Resort. Di penghujung program, turut diadakan sambutan hari lahir Puan Siti Norehan, pengarah program Mukhayyam Akhawat Negeri Sabah 2024 yang jatuh pada tarikh yang sama.
Β Β Β Β Pihak Jawatankuasa Tarbiyah dan Modal Insan (JKTMI) IKRAM Negeri Sabah amat menghargai komitmen dan semangat para ahli yang telah meluangkan masa dan tenaga demi menghadiri program ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat semua pihak yang telah berpadu tenaga menjayakan Mukhayyam Akhawat Sabah 2024. Semoga dikurniakan peluang untuk kita bertemu lagi dalam program yang akan datang.