IKRAM MUSLEH, KUIS meterai MoU

Pengerusi IKRAM MUSLEH, Profesor Dr Omar Yaakob berkata, kerjasama ini amat dialu-alukan demi kemaslahatan dan kesinambungan pendidikan Islam di samping mengukuhkan perhubungan ukhuwah Islamiah antara pejuang-pejuang pendidikan Islam.

“KUIS merupakan rakan strategik yang paling tepat untuk membantu kita mencapai wawasan penubuhan sekolah-sekolah IKRAM MUSLEH. Ia merupakan satu penjajaran kepada usaha-usaha pendidikan peringkat rendah dan menengah yang dipelopori oleh IKRAM MUSLEH sejak awal 80-an.”

Tambahnya, kini pelajar-pelajar daripada 47 buah sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH mempunyai laluan yang sejajar dan sealiran dari segi kurikulum dan biah (persekitaran) pendidikan.

“Di samping itu, kerjasama ini membina sinergi yang menggembleng kekuatan masing-masing bagi menampung keperluan atau kekurangan kedua belah pihak.”

  

Prof Omar (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Rektor KUIS (kiri) dan AJK IKRAM MUSLEH bersama pegawai KUIS

Rektor KUIS, Profesor Dato’ Dr Ab Halim Tamuri melahirkan rasa syukur beliau dan berterima kasih kepada IKRAM MUSLEH atas sokongan kepada KUIS dan khususnya persetujuan dengan MoU ini.

Beliau menegaskan perlunya MoU ini dijayakan dengan pelbagai inisiatif dan program sehingga memberi manfaat besar kepada para pelajar KUIS dan anak murid di sekolah-sekolah.

Antara lain, MoU ini membolehkan lepasan sekolah-sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH mempunyai laluan kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda di KUIS, serta KUIS akan menyediakan latihan perguruan iaitu Latihan Perguruan Profesional untuk para guru di sekolah-sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH.

Para mahsiswa KUIS pula mempunyai peluang untuk melaksanakan kajian Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO), Latihan Industri dan Praktikum di sekolah-sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH.

Dalam majlis menandatangani MoU yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pengurusan KUIS, IKRAM MUSLEH turut diwakili Hjh Kamaliah Noordin, Timbalan Pengerusi dan Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor, Pengarah Eksekutif serta Hjh Rohida Jamaludin dan Hj Bat Kamaruzaman selaku Ahli Jawatankuasa.

Pihak KUIS pula diwakili Dr Zulkifli Abd Hamid, Timbalan Rektor (Pengurusan Korporat Pembangunan dan Pengantarabangsaan), Dr Mokmin Basri, Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan) dan Dr Mohamad Syukri Abdul Rahman, Timbalan Rektor (Pembangunan Mahasiswa dan Alumni).

Dalam majlis yang sama, KUIS turut menandatangani MoU dengan Sekolah Menengah Islam IQKL yang dihadiri pengerusinya, Dato’ Hj Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia