IKRAM MUSLEH Kendali Kursus Di Sekolah Riau

IKRAM MUSLEH Kendali Kursus Di Sekolah Riau | IKRAM

BATAM – IKRAM MUSLEH telah mengendalikan kursus pelatihan kokurikulum dan kadet remajanya kepada guru-guru rangkaian Sekolah Islam Terpadu di Kepulauan Riau, Indonesia pada Sabtu, 6 Ogos lalu.

Kursus sehari tersebut dikendalikan oleh pasukan jurulatih yang diketuai oleh Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa, Ketua Sektor Kokurikulum Bahagian Pembangunan dan Perkembangan Pendidikan IKRAM MUSLEH di Sekolah Islam Terpadu Ulil Albab di sini.

Beliau dan pasukan dalam rangka lawatan ke sekolah-sekolah di Indonesia bagi mengendalikan kursus Training of Trainers (TOT) kokurikulum IKRAM MUSLEH dan Kadet Remaja Sekolah (KRS) MUSLEH.

Kata beliau, Indonesia merupakan negara kedua yang dikunjungi dalam usaha memberikan TOT kepada para guru dari sekolah-sekolah yang merupakan rakan kerjasama IKRAM MUSLEH dalam pelbagai program peringkat antarabangsa sejak sekian lama.

“Tujuan pelatihan ini fokus kepada memberi latihan praktikal tentang tatacara pengendalian, pengurusan dan pentadbiran program-program yang dianjurkan oleh IKRAM MUSLEH,” tambah beliau.

Program-program tersebut adalah seperti International Eco Nature Virtual Run (IENR), Remote Musleh International Students Traditional Archery Championship (R-MISTAC), Pertandingan Video Pendek IKRAM Musleh (PVPIM) dan Program  Pengantarabangsaan Silang Budaya (PPSB).

Seramai 38 orang guru dari 28 buah sekolah Kepulauan Riau termasuk Batam, Bintan, Tanjung Pinang, Lingga, Karimun, Natuna dan Indragiri Hilir menghadiri kursus pelatihan tersebut.

Abd Rahaim bersama tiga orang lagi pegawai KRS MUSLEH telah disambut oleh pimpinan Jaringan Sekolah Islam Terpadu (JSIT) Indonesia bagi Kepulauan Riau yang diketuai oleh Zulkarnain Simbolon, M.Pd.

Turut diadakan sesi perbincangan dua hala antara IKRAM MUSLEH dan JSIT serta Pramuka dari Kepulauan Riau bagi membincangkan pelbagai bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang.

Terdahulu, Abd Rahaim yang juga merupakan Pengerusi KRS MUSLEH turut mengadakan kursus yang sama kepada seramai 42 orang guru dari 30 buah sekolah rangkaian Assalam Smart School Association (ASSA), Thailand pada 2 Julai lalu.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia