IKRAM Muda sambut baik peruntukan untuk SAR

IKRAM Muda menyambut baik cadangan Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik untuk memberikan peruntukan kepada sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama persendirian dalam belanjawan tambahan seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian tempoh hari.

SAR dan sekolah agama persendirian adalah institusi pendidikan yang telah komited sejak awal penubuhan dengan mengguna pakai silibus kurikulum kebangsaan di samping memperkayakannya dengan pelajaran-pelajaran agama serta pembangunan sahsiah pelajar. Walau bagaimanapun, institusi ini sedikit tersisih daripada bajet pendidikan dalam pembentangan Belanjawan 2019 baru-baru ini.

Mempertingkatkan kualiti dan kebajikan guru serta para pelajar memerlukan komitmen kewangan yang besar. Namun, rata-rata SAR dan sekolah agama persendirian keberatan menaikkan yuran kerana ia membebankan ibu bapa yang selama ini bertungkus lumus dan setia menyokong institusi tersebut.

Justeru, IKRAM Muda menyambut baik cadangan peruntukan ini. Malah, IKRAM Muda juga menyeru agar peruntukan tersebut digunakan secara telus dan diketahui perincian perbelanjaannya supaya ia benar-benar dimanfaatkan dengan baik.

Peruntukan itu juga haruslah difokuskan kepada memperkasa kemampuan dan kebajikan guru, berbanding kos prasarana institusi tersebut semata-mata. Manakala untuk pelajar, fokus seharusnya ditekankan kepada meningkatkan daya saing pelajar seperti keusahawanan dan penguasaan bahasa.

Muhammad ‘Afifi bin Ahmad Kamil
Ketua IKRAM Muda
Pertubuhan IKRAM Malaysia
No. Tel: 019-437 9809

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia