IKRAM Muda FC muncul juara liga

Perlawanan akhir yang telah berlangsung di Padang KLFA, Taman Melati pada 15 Ogos lalu menyaksikan IMFC menewaskan Ganda Perang FC dengan jaringan 2-1.

“Ini adalah kejohanan pertama dan trofi pertama IMFC sejak ditubuhkan pada Januari lalu,” kata Ketua IKRAM Muda, Mohd Hafiz Abd Hamid yang turut hadir memberikan sokongan.

Pasukan yang dipimpin Don Faris sebagai kapten berjaya memulakan perlawanan dengan tempo dan rentak IMFC.

Namun Ganda Perang FC memanfaatkan peluang hasil kekeliruan di pertahanan IMFC dan rembatan daripada bahagian kiri berjaya menewaskan penjaga gol IMFC.

Serangan demi serangan oleh IMFC kemudiannya membuahkan hasil, dua minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Sepakan penjuru yang diambil Belong kemas ditemukan Suhail yang mendapat ruang untuk ‘free header’ untuk menjaringkan gol penyamaan degan 1-1 pada separuh masa pertama.

IMFC kemudiannya memulakan separuh masa kedua dengan tempo yang lebih tinggi dan berjaya mengawal kebanyakan pemilikan bola di kawasan lawan.

Seperti juga separuh masa pertama, IMFC memperoleh ‘set-piece’ pada hujung perlawanan setelah Wok dijatuhkan di garisan kotak penalti dan sepakan percuma diberikan kepada IMFC.

Kapten Don Faris mengambil sepakan percuma dan menghasilkan gol cantik yang menjadi gol kejohanan, menewaskan penjaga gol Ganda Perang FC.

“Kejohanan pertama dan trofi pertama, trofi ini pasti terpahat dalam sejarah IMFC dan juga ingatan para penonton, penyokong dan pemain,” kata Hafiz.

Beliau melahirkan penghargaan kepada para penyokong IMFC yang hadir daripada awal sehingga tamat perlawanan dan mengharapkan sokongan yang berterusan dalam perlawanan Liga M4.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia