IKRAM Menyokong Usaha Pendekatan Pentaksiran Baharu Yang Lebih Holistik

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyokong penuh pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sebagai satu usaha pembaharuan pendekatan, dalam memperkemas dan meningkatkan kualiti sistem pentaksiran negara.

Bagi pendidikan peringkat menengah, usaha ini telah bermula dengan kohort pelajar Tingkatan Satu 2012, yang mana guru-guru telah melaksanakan pentaksiran secara berterusan dan berakhir dengan PT3 pada tahun ini.

Walaupun keputusan PT3 telah mengundang pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat, ibu bapa dan guru, namun usaha ini perlu diteruskan kerana keesahan dan kebolehpercayaannya yang lebih tinggi serta lebih adil bagi pelajar.

Walau bagaimanapun, beberapa aspek pelaksanaannya perlu diberi perhatian.

Pertama, pihak pentadbiran sekolah, guru-guru serta ibu bapa perlu diberi kefahaman dan keyakinan yang lebih tentang falsafah, matlamat dan prosedur dalam pelaksanaan PBS dan PT3. Komitmen daripada pihak sekolah untuk melaksanakannya secara serius adalah amat penting bagi menjamin kejayaannya.

Kedua, para guru juga perlu diberi latihan yang lebih intensif dari sudut pelaksanaan pengajaran yang lebih berorientasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan bukan hanya menekankan penyampaian maklumat.

Ketiga, prasarana dan sistem sokongan yang padu perlu disediakan bagi memberi kemudahan kepada guru-guru untuk melaksanakan pentaksiran ini.

Keempat, pentaksiran pelajar juga perlu lebih menyeluruh dengan memasukkan elemen-elemen berkaitan akhlak. Pasaran pekerjaan pada abad ke-21 tidak lagi hanya melihat kepada sijil akademik, tetapi juga mereka yang mempunyai integriti dan berakhlak.

Kelima, kurikulum holistik perlu diperkenalkan bagi membolehkan pentaksiran holistik dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Dengan pengalaman yang ada melalui sistem pendidikan IKRAM-MUSLEH yang dilaksanakan dalam rangkaian sekolah-sekolah IKRAM, IKRAM bersedia bekerjasama dengan pihak KPM dalam aspek ini.


Profesor Dr Omar bin Yaakob

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia