IKRAM Menjunjung Kasih Pembebasan 11 Aktivis

Pertubuhan IKRAM  Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa bersyukur dan gembira di atas pembebasan 11 aktivis yang menjalani hukuman di penjara Tapah kerana terlibat dalam demonstrasi membantah pelantikan Menteri Besar yang baharu pada 2009.

Mereka dibebaskan setelah mendapat pengampunan daripada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dua hari lepas.

Pengampunan yang diberikan DYMM Paduka Seri Sultan Perak disambut baik pada saat umat Islam sedang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan tahun ini.

Ini pastinya mengembirakan aktivis terbabit kerana dapat pulang ke pangkuan keluarga untuk menjalani ibadah puasa.

Ia pastinya juga suatu keputusan yang bermakna kepada keluarga mereka yang sabar dan terus berjuang mendapat keadilan semasa mereka menjalani proses penghakiman dalam tempoh yang lama dan juga sewaktu mereka mula menjalani hukuman di Penjara Tapah.

IKRAM mendoakan dan berharap semoga negara Malaysia ini akan diperintah oleh pemimpin yang akan selalu berlaku ihsan dan adil kepada rakyatnya.

IKRAM juga mendoakan agar mereka yang baru dibebaskan ini akan terus bersemangat tinggi untuk berjuang mempertahankan hak asasi di bawah sistem demokrasi di negara ini.

Prof Madya Badlishah Sham Baharin

Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia