IKRAM memacu pembinaan Negara Rahmah

Bagi menjayakan matlamat tersebut, IKRAM perlu membina asas kepada negara tersebut antaranya ialah perpaduan nasional yang mana rakyat akan diikat dengan satu kewarganegaraan baru, jadi masing-masing akan tahu hak-hak dan tanggungjawabnya berasaskan kepada kedudukan kewarganegaraan baru itu.

 

Keadaan ini hanya boleh berlaku apabila masyarakat berubah menjadi satu masyarakat yang progresif, berfikir secara maju, yang boleh menerima kepelbagaian yang wujud dalam negara sebagai satu keistimewaan yang ada pada negara yang boleh dimanfaatkan.

 

Perkara ini akan berdiri atas asas kepimpinan yang berusaha untuk menjayakan aspirasi ini ialah satu kepimpinan yang berwibawa, memiliki keupayaan, kelayakan serta integriti yang akan menjadi contoh kepada rakyat semuanya.

 

Begitu juga, ia hanya boleh berlaku apabila seluruh institusi kenegaraan berjalan dalam bentuk yang sebaik-baiknya; badan legislatif memainkan peranan yang sebaik-baiknya, begitu juga badan eksekutif dan badan perundangan.

 

Kesemua badan ini tahu bidang kuasa masing-masing dan memainkan peranan untuk menegakkan satu sistem yang akan mendukung berlakunya keadilan negara tersebut, rakyat boleh hidup secara saksama dalam keadaan aman dan damai.

 

Dan yang akhir sekali ialah, negara kita mestilah berkembang menjadi sebuah negara yang maju dari sudut ekonomi yang mana akhirnya rakyat dapat ikut sama memperolehi faedah daripadanya. Dalam kata lain, rakyat dapat ikut serta memperolehi faedah daripada ekonomi yang telah dapat dilahirkan, dijana oleh negara yang telah dibangunkan ini.

 

Inilah yang dinamakan ‘shared wealth’, iaitu kekayaan yang dapat dikongsi bersama oleh seluruh rakyat. Dalam keadaan begini, tidak akan ada rasa tidak puas hati satu-satu pihak antara pihak yang lain, kerana mereka merasakan bahawa keadilan telah ditegakkan ke atas semua.

 

Jadi, dalam usaha-usaha untuk menjayakan pembangunan negara ini, kepimpinan perlu memainkan peranan satu antaranya ialah advokasi masyarakat, kita perlu mewujudkan pendidikan kepada seluruh rakyat agar rakyat faham bentuk negara yang sepatutnya dibangunkan dan dijayakan bagi Malaysia masa depan.

 

Ini memerlukan satu tukaran ataupun satu pencerahan pemikiran dalam kalangan rakyat sehingga mereka dapat memahami bentuk negara yang sepatutnya diperjuangkan.

 

 

Gagasan ini perlulah ditolak sampai kepada akar umbi, rakyat marhaen sehingga mereka sendiri akan menjadi golongan yang mendukung dan menjadi penyokong kuat kepada aspirasi dan cita-cita tersebut.

 

Begitu juga ia memerlukan daripada pihak kepimpinan untuk menjuarai agenda-agenda generasi muda kerana mereka merupakan generasi masa depan. Jadi, kita perlu bergerak daripada sekarang untuk menolak ke depan agenda-agenda mereka ini kerana mereka inilah yang akan mewarnai masa depan tanah air.

 

Dan demikian juga, kita perlu meletakkan diri kita dalam penempatan strategik serta memainkan peranan-peranan strategik dalam membangunkan perjalanan negara ini menuju masa depan.

 

Jadi, inilah perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh pimpinan dan dilaksanakan sampai ke akar umbi, dan akhirnya menjadi perkara yang sentiasa diwara-warakan dalam kalangan masyarakat umum dan dengan demikian, barulah kita dapat melihat kemungkinan besar usaha-usaha ini dapat dijayakan.

 

Tanpa usaha-usaha sebegini, kita hanya bermimpi atau mengimpikan sesuatu yang susah untuk dijayakan. Ia hendaklah lahir daripada usaha-usaha keras dan pengorbanan yang besar.

 

Apa yang paling penting ialah kita perlu memperkuatkan perubahan yang berlaku dalam negara kita ke arah yang lebih baik. Negara mesti berubah ke arah yang lebih baik, sehingga dengan demikian kita boleh mencapai apa yang kita hasratkan iaitu sebuah negara baharu.

 

Proses perubahan ini mesti diuruskan dengan sebaik-baiknya supaya kita akan memperolehi hasil serta mencapai matlamat yang lahir daripada unjuran tersebut dan membolehkan usaha-usaha pengislahan itu diteruskan.

 

Dan daripada itu, berlakulah peningkatan kepada perubahan-perubahan yang dikehendaki, sampai akhirnya negara dapat ditolak menuju ke arah kelahiran sebuah Negara Rahmah Mithali.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia