IKRAM lulus 4 Kawasan baharu

Kawasan-kawasan tersebut ialah IKRAM Kubang Kerian (Kelantan), IKRAM Pulai (Johor), IKRAM Bukit Mertajam (Seberang Perai, Pulau Pinang) dan Shah Alam Selatan (Selangor).

Tambah beliau, Kawasan-kawasan IKRAM Kubang Kerian, IKRAM Pulai dan IKRAM Bukit Mertajam telah diluluskan oleh JKP IKRAM pada 23 Disember 2016 dan kini telah diluluskan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

“Manakala Kawasan Shah Alam Selatan (Selangor) telah diluluskan penubuhan oleh JKP IKRAM pada 14 Januari 2017 dan kini dalam proses bagi mendapatkan kelulusan pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia,” jelas beliau ketika ditemui wartawan IKRAMedia di pejabatnya baru-baru ini.

Pertambahan ini menjadikan bilangan IKRAM Kawasan kini berjumlah 79 di seluruh negara dan beliau menjangkakan lebih banyak IKRAM Kawasan baharu akan ditubuhkan sepanjang tahun 2017 dan 2018 selari dengan Rancangan IKRAM 2016-2019 (RI 1619).

Menurutnya lagi, ini adalah selaras dengan keputusan JKP agar semua IKRAM Negeri melakukan rasionalisasi bilangan dan sempadan Kawasan bagi mengambil kira taburan dan demografi keahlian serta perkembangan dakwah terkini.

“Selepas enam tahun IKRAM ditubuhkan dan beroperasi, dengan penambahan lebih daripada 10,000 orang ahli, sudah sampai masanya untuk kita melakukan rasionalisasi bilangan dan sempadan Kawasan-kawasan agar dakwah dan tarbiah dapat digerakkan dengan lebih efektif dan efesien,” tambahnya lagi.

“Penubuhan Kawasan baharu juga akan memberi peluang kepada pembentukan pemimpin-pemimpin baharu.”

Beliau berharap agar pertambahan kawasan-kawasan baharu ini, usaha-usaha dakwah, tarbiah dan kebajikan dapat dikongsi dengan lebih ramai golongan masyarakat di seluruh negara.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia