IKRAM Lancar Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan – SBK 2022

IKRAM Lancar Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan - SBK 2022

SERI KEMBANGAN – Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (SBKK) 2022 anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang disokong oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) telah dilancarkan hari ini.

Bertemakan ‘Keluarga, Sokongan Untuk Bahagia’, pelancaran SBKK 2022 ini telah dirasmikan Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin.

“Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan kali ini mempunyai objektif yang tersendiri iaitu memberi penjelasan akan kepentingan hubungan intergenerasi  yang baik dalam pembentukan keluarga sejahtera dan mengukuhkan institusi keluarga dan masyarakat,” kata Hj Badlishah dalam ucapannya.

Menurutnya, ia bagi membuka ruang perbincangan ke arah penyelesaian isu keluarga terutamanya yang berkaitan dengan hubungan intergenerasi di Malaysia.

“IKRAM mengajak rakyat Malaysia pelbagai latar belakang berusaha menghasilkan keluarga utuh dalam keluarga masing-masing hingga ia menjadi pendukung kepada kesejahteraan sosial di negara ini.”

Dalam pada itu, pelbagai perubahan yang melanda kemanusiaan hari ini daripada perkembangan teknologi komunikasi hinggalah ke kesihatan telah memberi kesan kepada kehidupan. 

“Malaysia sebagai sebuah negara yang dinamik tidak terkecuali menempuh pelbagai cabaran bagi mencapai kesejahteraan keluarga yang mana ia  menghasilkan kepelbagaian bentuk keluarga yang dapat disimpulkan kepada tiga yang utama.”

Pertamanya, keluarga komuter yang mana salah seorang pasangan tinggal di satu tempat yang lain dan dapat berjumpa sekali atau dua kali seminggu bergantung kepada jarak pasangan.

“Keluarga ‘sandwic’ iaitu bentuk keluarga yang secara relatifnya baru dalam masyarakat Malaysia yang mana pasangan suami isteri perlu menanggung anak dan ibu bapa yang tinggal bersama.”

Selanjutnya ialah keluarga dwikerjaya iaitu atas desakan dan keperluan kewangan keluarga

“Kepelbagaian ini memerlukan sistem sokongan yang mesra keluarga agar mereka sama-sama dapat memperkasakan keluarga demi menyediakan modal insan berkualiti dan berperibadi mulia.”

Ketika majlis pelancaran tersebut, Hj Badlishah menegaskan bahawa Institusi keluarga juga turut berdepan dengan isu-isu sosial di setiap peringkat perkembangan manusia, dari kanak-kanak sehinggalah warga emas.

“Justeru, hal-hal berkaitan keluarga perlu sentiasa diberi perhatian oleh bukan sahaja pihak kerajaan tetapi juga pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat dan ahli akademik. ”

Turut hadir pada pelancaran SBKK tersebut ialah Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga LPPKN, En Fauwaz Hasbullah, Pengarah SBKK 2022, Pn Zarina Azhari dan Ahli-ahli Jawatankuasa SBKK 2022, wakil-wakil agensi dan pihak swasta.

Video majlis pelancaran SBKK 2022 boleh disaksikan di pautan https://www.youtube.com/watch?v=P0Fim3DqLdg

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia