IKRAM Lancar Kempen Ramadan – Bangunkan Jiwa Takwa

IKRAM Lancar Kempen Ramadan - Bangunkan Jiwa Takwa

SERI KEMBANGAN – Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tahun 2024 kali ini, Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham Baharin telah menyampaikan perutusan dan melancarkan Kempen Ramadan 1445H bertemakan ‘Bangunkan Jiwa Takwa’.

Kempen ini bertujuan menyeru ahli IKRAM dan masyarakat Muslim agar membangunkan jiwa ke arah ketakwaan melalui pelbagai program dakwah, tarbiah, khidmat dan islah sempena Ramadan di seluruh negara. 

Menurut beliau tema ‘Bangunkan Jiwa Takwa’ dipilih kerana ia selari dengan kempen Bangunkan Jiwamu yang dilancarkan tahun lalu. 

“Ramadan adalah bulan yang tepat bagi umat Islam untuk kembali membangunkan jiwa takwa, dengan merebut peluang pengampunan dosa-dosa dan meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda,” kata beliau semasa menyampaikan perutusan Ramadan hari secara maya.

Tambah beliau, Ramadan adalah bulan yang penuh rahmah, keampunan dan keberkatan dan sewajarnya diisi dengan muhasabah dan penambahbaikan pelbagai ibadah yang boleh menghapuskan dosa-dosa yang lalu, agar kita dapat membangunkan jiwa takwa seterusnya mendapat keredaan Allah SWT.

Katanya, sepanjang bulan Ramadan ini, IKRAM menyajikan pelbagai aktiviti melalui media sosial berbentuk tazkirah dan nasihat Ramadan seperti poster berkala, artikel mingguan, video, beberapa pertandingan dan juga kempen 7S, iaitu solat, selawat, sahur, sederhana, sedekah, silaturahim dan sabar.

“Saya menyeru kepada semua ahli IKRAM untuk menyebarluaskan video Tazkirah Ramadan (YouTube TV IKRAM) hasil karya Jabatan Pendidikan Masyarakat IKRAM kepada semua jaringan kita seperti jaringan alumni sekolah, universiti, kejiranan, surau, masjid dan lain-lain.”

Beliau mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada ahli-ahli IKRAM dan seluruh umat Islam, dan berharap bulan ini dapat dimanfaatkan dengan amalan yang terbaik dan diganjarkan kebaikan oleh Allah SWT.

Hj Badlishah Sham turut melancarkan laman web khas kempen Ramadan yang boleh dilayari di pautan https://ikram.org.my/kempen-ramadan/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia