IKRAM Lancar Kempen ‘Bangunkan Jiwamu’

IKRAM Lancar Kempen ‘Bangunkan Jiwamu’

SHAH ALAM – Bagi mengembalikan rasa izzah ahli terhadap dakwah dan tarbiah, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) buat julung kalinya melancarkan kempen ‘Bangunkan Jiwamu’ (Awaken Your Soul) dalam Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI 2023) hari ini.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pusat Unit Komunikasi Korporat IKRAM, Hj Azman Abd Rashid, melalui rasa izzah ini, ahli-ahli diharapkan mampu untuk melaksanakan pengislahan serta mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar dalam kalangan masyarakat. 

“Projek penjenamaan ini akan dijalankan di seluruh IKRAM Negeri dan Kawasan, dari pucuk pimpinan hingga ke akar umbi melibatkan Ahli Jawatankuasa Pusat, Tarbiah, Wanita, IKRAM Muda, Pendidikan Masyarakat dan IKRAM Luar Negara (IMAN),” ucap beliau di hadapan kira-kira 2,000 ahli IKRAM dari seluruh negara di IDCC di sini.

Beliau turut mengajak semua ahli IKRAM untuk mengembalikan semangat perjuangan dan menyegarkan tekad yang telah dibina dan diharungi sejak 13 tahun yang lalu. 

“Melalui IKRAM, kita bersama teguhkan ukhuwah serta sebarkan rahmah kepada keluarga, jiran, komuniti dan masyarakat dalam setiap interaksi dan berikan inspirasi kepada semua dengan kebaikan yang dimiliki.”

Hj Azman seterusnya menyeru ahli-ahli IKRAM untuk bersama-sama realisasikan kempen Bangunkan Jiwamu dan membawa perubahan sehingga terbinanya sebuah masyarakat dan negara yang aman, makmur, sejahtera dan memelihara kelestarian alam sekitarnya, dan tertegaknya Negara Rahmah demi mencari reda Allah SWT.

Sebelumnya, menurut Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin melalui ucapan dasarnya, IKRAM sedang menyusun semula naratif yang sesuai untuk ahli-ahli dan masyarakat melalui projek penjenamaan, antaranya dengan menambah baik dari sudut mesej, imej, komunikasi, portal, sasaran audiens dan sebagainya.

“Salah satu inisiatif yang sedang dilaksanakan ialah kempen ‘Bangunkan Jiwamu’ yang bertujuan menggerakkan ahli-ahli untuk kembali membangunkan jiwa dan terus istiqamah dalam menggerakkan dakwah dan perjuangan.”

Jelasnya, untuk memastikan jamaah ini bernafas panjang dan mampu pergi jauh dalam tempoh yang lama, kempen ‘Bangunkan Jiwamu’ amat bertepatan bagi menyegarkan kembali roh perjuangan dalam kalangan ahli, sekali gus menjadikan jamaah ini terus mampu menyumbang kepada perkembangan dakwah, tarbiah dan kebajikan dengan lebih berkesan.

Sempena PTI 2023, IKRAM telah menerbitkan himpunan artikel bertemakan ‘Bangunkan Jiwamu’ yang ditulis oleh para pemimpin IKRAM, khas untuk semua peserta yang hadir ke perhimpunan tahunan tersebut.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia