IKRAM Kunjungi SPRM, Perkukuh Agenda Integriti Nasional

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) terus menunjukkan komitmen memperkukuh agenda integriti negara apabila mengadakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa, 2 September lalu, di sini.

Delegasi IKRAM diketuai oleh Presiden, Haji Badlishah Sham Baharin, bersama Naib Presiden, Prof. Dr. Hanim binti Salleh, Setiausaha Agung, Mohd Hafiz Abd Hamid.

Turut bersama delegasi IKRAM adalah Ahli Jawatankuasa Pusat Agenda Nasional, iaitu Dr. Hajah Sabariah Baharun (Perpaduan Nasional) dan Haji Ainullotfi Abdul Latif (Masyarakat Progresif), serta Mohd Iqbal Hakim Mohd Adnan dan Khairul Naim Khairul Anuar daripada Jabatan Agenda Nasional.

Delegasi IKRAM telah disambut oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk TPj Ahmad Nizam Ismail bersama Cawangan Sosiobudaya dan Politik, diketuai oleh PKPj Aini Awang Muda, Puan Ropidah Mohamed serta PPs Mohd Zulfadhli Mohmad Yusof.

Fokus kepada Sambutan HIN dan HARA 2025

Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk membincangkan kerjasama strategik dalam kempen dan sambutan Hari Integriti Nasional (HIN) 2025 dan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2025 yang dijadualkan berlangsung sepanjang Oktober hingga Disember ini.

Dalam sesi perbincangan, SPRM menyokong inisiatif IKRAM untuk terlibat secara aktif sebagai rakan strategik dalam program-program integriti nasional, khususnya bagi memperluas capaian mesej pencegahan rasuah kepada masyarakat akar umbi. 

“IKRAM percaya integriti adalah tunjang utama dalam membina negara bangsa. Rasuah tidak hanya meruntuhkan keyakinan rakyat terhadap institusi, malah menjejaskan pembangunan masyarakat secara keseluruhan.”

“Justeru, kerjasama dengan SPRM adalah langkah penting bagi memastikan mesej integriti sampai ke semua lapisan masyarakat,” kata Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin.

Institusi keluarga sebagai asas integriti

Dalam pertemuan ini, Datuk TPj Ahmad Nizam turut menekankan bahawa usaha membudayakan integriti tidak hanya bergantung kepada institusi penguatkuasaan semata-mata.

Menurut beliau, terdapat tiga institusi penting yang boleh memainkan peranan besar dalam pemantapan nilai integriti iaitu institusi keagamaan, institusi pendidikan dan institusi keluarga.

Beliau menambah bahawa aspek keluarga sering terpinggir dalam wacana integriti, sedangkan pembentukan nilai murni bermula dari rumah.

Oleh itu, ujarnya, usaha mendidik anak-anak sejak kecil dengan menekankan kejujuran, amanah dan tanggungjawab adalah kunci kepada pembinaan generasi bebas rasuah.

IKRAM menyambut baik pandangan ini, selaras dengan fokus organisasi dalam memperkukuh institusi keluarga melalui pelbagai program pendidikan, advokasi masyarakat,serta pembangunan modal insan.

Dengan jaringan ahli dan komuniti yang luas, IKRAM bertekad untuk memperkukuh peranan keluarga sebagai benteng pertama melahirkan masyarakat berintegriti.

IKRAM sebagai rakan strategik pembinaan negara

IKRAM menegaskan kesediaannya untuk memainkan peranan sebagai rakan strategik negara dalam pembinaan masyarakat berintegriti, seiring dengan visi Malaysia sebagai Negara Rahmah.

Melalui jaringan akar umbi, pelbagai institusi pendidikan dan gerakan advokasi masyarakat, IKRAM yakin mampu menyumbang dalam mengukuhkan budaya integriti dan menolak gejala rasuah secara menyeluruh.

IKRAM turut menekankan bahawa usaha melahirkan Malaysia sebagai Negara Rahmah tidak hanya tertumpu kepada pembangunan ekonomi semata-mata, tetapi juga kepada pembinaan masyarakat yang berakhlak, adil, inklusif dan bebas daripada rasuah.

Pertemuan ini menandakan permulaan kepada hubungan strategik yang lebih erat antara IKRAM dan SPRM.

Kedua-dua pihak sepakat bahawa budaya integriti tidak boleh hanya bergantung pada penguatkuasaan undang-undang semata-mata, tetapi perlu dibangunkan melalui pendidikan, advokasi, keluarga dan kesedaran berterusan.

IKRAM melihat kunjungan ini sebagai titik tolak kepada kolaborasi yang lebih luas dalam agenda nasional, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan gagasan Malaysia Negara Rahmah, bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berdaya tahan, progresif dan bebas daripada gejala rasuah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia