IKRAM Kunjungi Menteri Agama, Perkenal Negara Rahmah

IKRAM Kunjungi Menteri Agama, Perkenal Negara Rahmah | IKRAM

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah melakukan kunjungan hormat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Hj Idris Hj Ahmad, di pejabat beliau pada Rabu, di sini.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan NGO IKRAM dan visinya menjadikan Malaysia Negara Rahmah serta aktiviti-aktivitinya sebagai rakan strategik pembinaan negara.

Kemudian, ia diikuti dengan perbincangan pelbagai isu dan solusi membabitkan kepentingan umat Islam di Malaysia, serta meneroka peluang-peluang kerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Antara isu-isu yang dibincangkan ialah tentang zakat, wakaf, sistem sedekah, pemerkasaan asnaf, pendidikan, ajaran sesat, perundangan dan hiburan.

“Pada pertemuan ini, kami dapat saling bertukar pandangan dan berkongsi idea daripada sudut pandang NGO-NGO seperti IKRAM yang tidak lain tidak bukan bagi kepentingan Hal Ehwal Agama dan penyatuan ummah.”

“Semoga hubungan dan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan NGO-NGO dapat terus diperkukuh demi manfaat kepada masyarakat dan umat Islam di Malaysia,” kata Datuk Hj Idris dalam satu hantarannya.

Delegasi IKRAM diwakili Presiden Hj Badlishah Sham Baharin, Timbalan Presiden Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Ahli Jawatankuasa Pusat Hj Ainullotfi Abdul Latif dan Ustaz Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib.

Delegasi IKRAM turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Hj Idris atas kesudian menerima kunjungan mereka.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia