IKRAM Kluang anjur Forum Hak Asasi Manusia

Walaupun cuaca tidak begitu baik dengan hujan lebat di merata tempat di sekitar daerah Kluang, cuti sekolah yang baru bermula dan jemputan kenduri kahwin yang banyak, program itu telah menarik 50 orang peserta di mana kebanyakannya adalah penduduk setempat.

Ahli panel terdiri daripada Profesor Ahmad Termizi Ramli, ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM, Sdr Zabidie Abas, Setiausaha Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan Cik Fang Pei Fen, Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) bagi Kawasan Selatan.

Forum yang dipengerusikan Yang Dipertua IKRAM Daerah Kluang, Tuan Haji Sarif Mohyin, itu bermula dengan pembentangan ahli panel pertama, Prof Termizi yang menggariskan konsep hak asasi manusia secara umum dan dari perspektif Islam.  Ahli panel kedua, En Zabidie membincangkan masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda dan agensi Felda sendiri.

Ahli panel ketiga, Cik Fang, pula membincangkan isu setinggan dan tanah TOL, sekaligus memerihalkan peranan SUARAM membantu rakyat yang kurang bernasib baik.  Pengerusi berjaya merumuskan dan menekankan lagi noktah penting para panelis berpandukan pengalamannya sendiri bergaul dengan masyarakat setempat.

Respons yang dipamerkan peserta amat baik memandangkan banyak soalan telah dikemukakan untuk pencerahan, sehingga pengerusi terpaksa menghadkan bilangan soalan kerana kesuntukan masa.  Sesi perbincangan turut mendengar perkongsian daripada seorang kakitangan daripada Pengangkutan Felda yang memerihalkan tentang nasib pemandu-pemandu lori Felda.

Rata-rata peserta mahukan perubahan ke arah penyelesaian yang lebih adil terhadap isu-isu yang dibangkitkan. Peserta juga memberi respons positif apabila ditanya pengerusi sama ada mereka akan menyambut inisiatif IKRAM pada masa akan datang.

Kejayaan program menunjukkan keakraban pimpinan IKRAM Daerah Kluang dengan institusi dan penduduk setempat. Tujuan utama IKRAM ialah ke arah membela nasib penduduk setempat, termasuk peneroka di FELDA di daerah Kluang, serta penduduk setinggan dan tanah TOL di kawasan Layang-Layang yang bakal dihalau keluar.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia