IKRAM KL Negeri Harapan, Zaid Tokoh Rahmah

Kedua-dua anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam Majlis Makan Malam Sambutan 10 Tahun IKRAM di The Everly Putrajaya pada Sabtu, 31 Ogos lalu di sini.

Menghargai pengiktirafan tersebut, Yang Dipertua IKRAM Kuala Lumpur, Hj Zainal Adnan Abdul Halim berkata, masih banyak lagi kerja yang perlu dilaksanakan.

“Kita semua sebagai ahli IKRAM Kuala Lumpur perlu melipatgandakan lagi usaha kita dan bersungguh-sungguh melakukan dakwah, tarbiah dan kebajikan di seluruh pelosok negeri,” jelasnya.

  

Dengan kehadiran kira-kira 1,000 orang peserta, Majlis Makan Malam Sambutan 10 Tahun IKRAM diadakan bertujuan untuk meraikannya bersama pemimpin IKRAM, ahli-ahli, institusi dan tetamu jemputan serta memberi ruang sumbangan untuk sambutan 10 tahun dan aktiviti IKRAM secara umum.

Majlis yang bertemakan ‘Sedekad Menyebar Rahmah’ ini diserikan dengan ucapan Dr Parid, Pidato Khas oleh Usahawan Shariah Global, Datuk Dr Mohd Daud Bakar yang juga Pengerusi YaPEIM dan Presiden UIAM bertajuk ‘Membina Negara: Langkah ke Hadapan’ dan Tazkirah Perdana oleh Ustaz Hj Alias Othman.

    

Majlis dimeriahkan dengan tayangan montaj 10 Tahun IKRAM, persembahan nasyid Saff One dan Zeyad serta deklamasi sajak ‘Pembawa Rahmah’ oleh Presiden Penaja IKRAM, Prof Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom diiringi alunan seruling oleh Syazni Shukri.

Turut hadir dalam majlis itu Pengarah Hj Nahar Md Nor, Yang Dipertua Dewan Perwakilan Nasional, AJK Penaja, Ahli-ahli dan mantan JKP, Ahli-ahli dan mantan JKWIP, serta wakil-wakil penaja, institusi, IKRAM Negeri dan Kawasan.

Hadir sama Ahli Parlimen Ledang YB Syed Ibrahim Syed Noh, ADUN Bukit Malawati Juwairiya Zulkifli dan ADUN Hulu Kelang YB Hj Saari Sungib.

    

Turut hadir wakil-wakil agensi kerajaan seperti JAWI dan LPPKN serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Belia Malaysia (MBM), GBM, Bersih 2.0, Dong Zong, PERKIM, Haluan, IPSI, ABIM, WADAH, PCOM, KLSCAH, MACMA, MIZAN, SIS Forum, LLG, PS the Children, HARMONI, GEMA dan AWAM.

IKRAM diluluskan penubuhannya pada 22 Oktober 2009 dan tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 penubuhan pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan tersebut.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia