IKRAM kesal larangan ke atas rakyat Palestin kunjungi Malaysia

Menurut laporan Middle East Monitor (MEM) pada 20 September 2014, pihak berkuasa Mesir dilaporkan telah melarang rakyat Palestin untuk mengunjungi beberapa buah negara seperti Turki, Qatar, Malaysia, Algeria, Iran dan Libya melalui pintu keluar Gaza laluan Rafah. Walau bagaimanapun, menurut laporan berkenaan, pihak berkuasa Mesir tidak memberi sebarang maklum balas mengesahkan perkara tersebut.

Jika sekiranya laporan tersebut benar, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) merasa kesal dengan larangan berkenaan kerana Malaysia ialah sebuah negara yang aman, makmur serta tidak pernah bermusuhan dengan negara lain, termasuk Mesir.

Pada masa yang sama larangan, sekatan atau penutupan laluan Rafah menggandakan penderitaan terhadap rakyat Palestin yang dikenakan sekatan oleh negara haram Israel sejak lapan tahun lalu.

IKRAM percaya kerajaan Malaysia dan rakyatnya, sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk datang berkunjung ke negara ini dengan tujuan yang baik seperti melancong, belajar, berniaga, melabur dan sebagainya.

IKRAM percaya, Malaysia memandang berat dan meletakkan keutamaan yang tinggi dalam aspek keselamatan dan kestabilan di samping sentiasa berusaha memastikan negaranya kekal menjadi sebuah negara umat Islam yang progresif, mengutamakan pendekatan Wasatiyyah dan meningkatkan kerjasama dengan semua negara Islam yang lain.

Amatlah malang sekiranya ada usaha oleh pihak-pihak tertentu untuk menghalang kemasukan rakyat dari negara Islam yang lain ke Malaysia.

IKRAM dengan ini menggesa supaya kerajaan Malaysia melalui kedutaannya di Mesir memastikan kesahihan berita ini dengan mendapatkan maklumat tepat daripada pihak berkuasa Mesir.

Sekiranya benar, IKRAM menyarankan agar Yang Berhormat Menteri Luar Negeri memanggil Duta Mesir ke Kuala Lumpur untuk memastikan Kerajaan Mesir menarik balik larangan tersebut.

Malah IKRAM berharap Yang Berhormat Menteri Luar Negeri dapat memastikan kerajaan Mesir memberi kemudahan khas kepada warga Palestin dan Malaysia untuk keluar masuk ke Gaza.

Di samping itu, IKRAM juga menggesa supaya kerajaan Malaysia supaya terus terlibat membantu pembangunan semula Gaza/Palestin dengan membuka lebih banyak tempat di universiti tempatan kepada rakyat Palestin untuk melanjutkan pelajaran dan meningkatkan perdagangan antara kedua negara dengan meninjau ruang-ruang perdagangan yang baru.

Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus

Timbalan Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia