IKRAM Johor Negeri Terbaik, IKRAM Batu Kawasan Terbaik

IKRAM Johor Negeri Terbaik, IKRAM Batu Kawasan Terbaik

SHAH ALAM – IKRAM Johor dinobatkan sebagai IKRAM Negeri Terbaik, manakala IKRAM Batu (Kuala Lumpur) diumum sebagai Kawasan Terbaik pada Malam Anugerah PTI di IDCC di sini malam tadi.

Anugerah tersebut telah diterima Yang Dipertua IKRAM Johor, Prof Dr Nordin Yahaya bersama Ahli-ahli JKN dan Yang Dipertua IKRAM Batu, Hj Wan Mohd Zukri Che Mat Zin bersama Ahli-ahli JKK.

Acara kemuncak yang julung kali diadakan sempena Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI 2023) itu bertujuan memberi penghargaan kepada Negeri, Kawasan dan tokoh yang cemerlang dalam kategori masing-masing di samping menjadi dorongan dan motivasi kepada ahli-ahli yang hadir.

IKRAM Batu

Selain Anugerah Negeri dan Kawasan Terbaik, tiga lagi kategori yang diumumkan ialah Anugerah Tokoh Dakwah Fardiah (Ikhwah dan Akhawat), Anugerah Murabbi Contoh (Ikhwah dan Akhawat) dan Anugerah Khas IKRAM Luar Negara (IMAN).

Anugerah Tokoh Dakwah Fardiah (Ikhwah) diberikan kepada Prof Dr Ajmain @Jimaain Safar, manakala bagi kategori Akhawat, anugerah diberikan kepada Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad.

“Beliau (Prof Dr Ajmain) adalah pendakwah yang disegani dan merupakan pengasas Telegram Channel 1 Hari 1 Hadis yang sehingga kini mencatatkan lebih 100,000 subscriber,” ujar Pengerusi Tarbiah dan Modal Insan IKRAM, Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib.

Ustazah Shahidah diwakili anaknya

Menurut beliau, Ustazah Shahidah merupakan pengasas dan pengendali bengkel solat wanita sejak dahulu sehingga kini, serta sering kali berjaya meningkatkan visibiliti IKRAM dan mendapatkan ahli baharu.

Anugerah seterusnya adalah Anugerah Murabbi Contoh (Ikhwah) diterima oleh Ustaz Sakijan Muri, manakala  kategori Akhawat diterima oleh Pn Mahayati Ibrahim.

Menurut Dr Syazalie, Ustaz Sakijan merupakan seorang yang dedikasi dalam kerjayanya serta kuat hubungannya dengan pelajar-pelajarnya sehingga dapat melahirkan pelapis dakwah yang hebat.

“Tokoh akhawat ini (Pn Mahayati) dilihat sangat tepat menurut komen para juri. Beliau berjaya mentarbiah mutarabbinya sehingga menjadi insan yang hebat hasil didikan beliau,” tambah beliau.

Bagi kategori Anugerah Khas IKRAM Luar Negara (IMAN), negara terbaik dimenangi oleh IMAN Jepun.

Anugerah-anugerah disampaikan oleh Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin dan Timbalannya, Jusni Yusoff, yang mana penerima anugerah membawa pulang hadiah berupa plak, sijil dan wang tunai. 

Penganjuran Malam Anugerah PTI diharapkan menjadi inspirasi bagi ahli-ahli untuk melonjakkan prestasi agar usaha dakwah terus subur di mana sahaja mereka berada, sama ada di Malaysia atau luar negara.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia