IKRAM Iltizam Cakna Perkembangan Politik Semasa

Mengikuti perkembangan politik dan pembangunan semasa negara, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin dan cakna kepada keadilan sejagat, keharmonian masyarakat dan kesatuan umat selaras dengan perjuangan IKRAM untuk memastikan ‘Malaysia Menuju Negara Rahmah’, ingin menegaskan pendirian-pendirian berikut untuk kebaikan bersama warga Malaysia:

IKRAM meyakini bahawa sistem pemerintahan berteraskan konsep dwiparti merupakan satu keperluan demi memastikan proses tatakelola kerajaan yang baik berteraskan akauntabiliti, ketelusan dan proses semak dan imbang sentiasa menepati prinsip-prinsip ‘Siyasah Syar’iyyah‘ (politik berinspirasikan Syariah).

IKRAM yang bergerak atas dasar prinsip menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar (amar makruf nahi munkar) akan terus menjadi kumpulan pendesak dan pengimbang kepada semua pihak sama ada daripada pihak pemerintah atau pembangkang, agensi kerajaan atau swasta terutamanya yang melibatkan organisasi yang mengendalikan amanah kepentingan awam dan yang melibatkan penyalahgunaan kuasa pentadbiran, ketirisan dalam penggunaan wang awam dan seumpamanya.

IKRAM sentiasa terbuka tetapi berpandangan kritis terhadap sebarang usaha kolektif untuk mewujudkan arus baru gerakan rakyat selagi mana ia tidak bertentangan dengan hukum-hakam Syarak dan Maqasid al-Syariah.

Atas pendirian ini, IKRAM menyatakan kesediaan untuk menjadi sebahagian daripada gelombang harapan baru untuk membina Malaysia yang lebih rahmah, demokratik dan sejahtera.

Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus
Timbalan Presiden  
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia