IKRAM, i-Bantu tetap teruskan bantuan persekolahan

Pada 20 Januari lalu, IKRAM Negeri Sembilan telah menganjurkan Program ‘Back To School’ untuk murid-murid Sekolah Kebangsaan Pedas.

 

Seramai 28 orang murid dari sekolah tersebut telah menerima bantuan buku tulis, dan buku aktiviti subjek teras Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Bahasa Arab. 

 

Wakil IKRAM Junior Seremban yang juga ahli IKRAM Negeri Sembilan dan guru disekolah tersebut telah menyampaikan sumbangan bagi pihak IKRAM.

 

Turut menaja peralatan keperluan murid yang disampaikan ini ialah i-Bantu dan IKRAM Kawasan Seremban.

 

IKRAM Negeri Sembilan turut berharap, agar sumbangan yang diberikan itu dapat memudahkan murid-murid tersebut untuk meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan dapat meringankan keluarga penerima.

Di Ipoh, sekitar 71 orang pelajar terdiri daripada anak-anak  golongan B40 terpilih untuk menerima sumbangan program Back To School yang telah di adakan di pejabat IKRAM Perak pada 16 Januari lalu.

 

“Program ini merupakan tangggungjawab sosial IKRAM kawasan Ipoh memberi sumbangan membantu golongan anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk meneruskan sesi persekolahan mereka pada tahun ini,” ujar Penyelaras i-Bantu Ipoh, Ramlah Awi.

 

Setiausaha IKRAM Ipoh dan Ketua Wanita IKRAM kawasan turut sama hadir menyampaikan sumbangan.

 

Memandangkan keadaan pendemik COVID-19 yang tidak selamat untuk berkumpul beramai-ramai, serahan sumbangan telah diberi dengan cara pandu lalu. Alhamdulillah program telah berjalan dengan lancar dan mengikut SOP yang ditetapkan.

 

Manakala di Kuantan, Program Ziarah Prihatin: Kembali ke Sekolah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya mengikut SOP sepanjang minggu bermula 9-17 Januari 2021.

 

Seramai 205 orang di sekitar Kuantan dan Indera Mahkota, yang terdiri daripada pelajar-pelajar anak asnaf zakat, fakir miskin, ibu tunggal dan mualaf, secara keseluruhannya berjumlah RM 32,853.52 termasuk tajaan dan sumbangan.

 

Tiga kaedah pelaksanaan yang telah dijalankan bersama sukarelawan iaitu program dua hari bersama pelajar di Pasaraya Hari-Hari Kuantan, ziarah dan agihan baucar dari rumah ke rumah dan agihan berkelompok di kampung-kampung terpilih.

 

“Terima kasih kepada semua penaja, dermawan, penyumbang dan sukarelawan daripada Alumni Universiti Malaysia Pahang Malaysia, Yayasan IKRAM Malaysia (i-Bantu) Pahang, IKRAM Indera Mahkota, IKRAM Kuantan, Hidayah Centre Foundation Pahang, IKRAM Muda Pahang, MNR Multitech Sdn Bhd, Gabungan NGO Dakwah Malaysia (GDM Pahang) serta orang perseorangan,” kata penyelaras program.

 

Pada 16 Januari lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) telah memaklumkan melalui kenyataannya bahawa sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan Covid-19.

 

“Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021,” menurut kenyataan itu.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia