IKRAM Hulu Selangor buka Pasar Raya Ihsan

Dirasmikan oleh Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad pada 28 Disember tahun lalu, pasar raya ini dibuka bagi membantu golongan asnaf di samping menawarkan barangan keperluan asas untuk masyarakat setempat.

 

“Pasar raya ini mungkin pasar raya IKRAM yang pertama di Malaysia,” kata Yang Dipertua IKRAM Hulu Selangor, Ustaz Dr Muhammad Azhar Zailani.

 

Menurutnya, Pasar Raya Ihsan menjual barang-barang keperluan harian dan bagi asnaf yang berdaftar dengan pihaknya, mereka akan menerima diskaun 50 peratus bagi belian RM200 sebulan. 

 

Beliau berharap agar operasi pasar raya ini akan berjaya dan menjadi contoh kepada IKRAM kawasan lain dan pelbagai pihak bagi tujuan kebajikan kepada golongan asnaf di samping memenuhi keperluan masyarakat setempat.

 

Di samping memberikan bantuan, tambahnya, IKRAM Hulu Selangor juga menyusun pelbagai program pembangunan diri untuk golongan asnaf seperti program ceramah, pengisian dan sebagainya.

 

“Melalui program-program itu, kita akan salurkan bantuan,” jelasnya.

 

Pasar Raya Ihsan beralamat di No. 21/G, Jalan Adenium 2G/6, Pusat Perniagaan Adenium, Bukit Beruntung yang bersebelahan dengan Pejabat IKRAM Hulu Selangor.

 

Pasar raya ini beroperasi pada Isnin hingga Ahad (Jumaat tutup) bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia